~Oh MY Gucci~

TQVM MYFOLLOWERS...

Showing posts with label KISAH NANA. Show all posts
Showing posts with label KISAH NANA. Show all posts

Oct 23, 2012

5 DAYS WARDED- BETUL2 MENGUJI KESABARAN AKU...

Assalamualaikum...warga blogger. Alhamdulillah hari ini baru berkesempatan nak update citer. Banyak yg dah masuk dlm draft, tapi blm nak edit2 lagi....Aku sajikan dulu cerita ini....sebagai panduan kepada ibu2 diluar sana, termasuk peringatan terhadap diri sendiri jugak supaya lebih berhati2 dan memberi lebih perhatian kepada anak-anak.

15hb Okt, jam 7.30ptg, anak kecil aku Nana jatuh dari CPU komputer yang dipanjat dan kepalanya terhantuk ke dinding, nampak sikit jer dan secara logik tak mungkin cedera teruk. After 1 hour dia muntah2 tanpa henti sehinggakan badan dia lemah longlai...dan waktu itu hanya Tuhan yg tahu camner perasaan aku. Rasa nak pitam bila anak sudah seperti nyawa2 ikan...Husben pulak blm balik kerja...even husben bz tahan gaban, aku paksa jugak dia balik memandangkan keadaan anak aku susah nak digambarkan. 

10.30mlm terus admit di Emergancy ward untuk pemerhatian, tapi muntah tak berhenti2, sampaikan baju yg aku pakai memang busuk sebusuknya...aku memag tak pedulik org sekeliling, lantaklah dorang nak tutup hidung pun...anak aku muntah sampai keluar kaler kuning memandangkan tiada lagi isi perut yg tinggal. 

2.00pagi, doktor mengatakan nak buat CT Scan. Aku dah nangis bagai nak giler...risau takut ada apa2 yg tak diingini... Rasa nyawa aku dah separuh hilang. Rasa kaki aku dah tak pijak kat bumi. Tgk keadaan anak aku yang tak bermaya, aku gagahkan jugak untuk turuti apa yg doktor suggestkan. Lebih melemahkan aku, bila husben terpaksa jaga dua org anak aku lagi dan tidak dibenarkan menunggu...Oh Tuhan.....aku tabahkan hati kuatkan semangat dan aku yakin tiada apa2 perkara buruk akan berlaku.

4.00pagi, result CT Scan keluar dan Alhamdulillah semuanya OK, barulah aku rasa kaki aku mula memijak bumi. Anak aku di masukkan kat wad kanak2 KK1 untuk pemerhatian lanjut. Alhamdullilah....tak berhenti aku mengucapkan syukur. 

16hb Okt, selepas semuanya ok, anak aku diserang pulak cirit birit, cirit birit yg tak berhenti. Aku pun pelik, apa sebenarnya yg berlaku nih. Adakah effect dia jatuh ataupun memang dia dlm keracunan makanan??? Bila aku ajukan soklan kepada doktor, doktor pun tidak pasti. Sample darah sehingga 6 kali diambil...abis tangan kaki anak aku berlubang2...kesian sgt.

17hb Okt, Everything ok...ingatkan panas hingga ke ptg (cewahhh) rupanya tak hujan2. Ok doktor kata boleh discaj. Seronok giler....packing2 barang nak keluar. Sementara tunggu husben dtg amik, aku pun lepak2 kat taman bawak di anak gadis....tapi dia merengek jer, cam ada yg tak kena.....itu salah..ini salah....sehinggalah dia muntah tetiba dan mengigil2, muka pucat sampai biru....doktor cek suhu badan dia sudah cecah 40.3c....dia dah kelihatan ckup lemah hingga tak mampu buka mata....lagi sekali aku panik dan tak pasal2 aku menangis sekuat hati, bila aku panggil nama nana dia tak bagi respon....discaj dicancelkan....

18hb Okt hingga 21hb okt, bermulalah episod dia demam tak kebah2....suhu badan tak turun2 dari 38c....hati risau hanya tuhan yg tahu...sepanjang dia diserang muntah2 dan cirit birit dan 3 botol air dimasukkkan, bila dah demam sebotol lagi......Lama2 kelamaan doktor decide nak bagi antiobiotik....Alhamdulillah selepas 12dos antiobik, keadaan kembali normal...Nana kembali ceria....
Sihat sepenuhnya, cuma aku kene bagi perhatian kursus untuk dia..Ada satu lagi ujian darah yg belum diterima, arap2 tiadalah yg merisaukan..

Jam 12.30tghari 21 okt Nana dah boleh discaj.....aku org yg paling gembira..bolehkan aku mandi sepuasnya..bolehlah aku tidur selenanya.....Syukur Ya Allah, kau uji aku sebagai hambamu....Aku redha.

Ibu2 diluar sana, tolonglah berikan lebih perhatian kepada anak2 kita..Merekalah nyawa kita, pengarang jantung . Bila mereka sakit kitalah org yg paling utama susah hati. Sampaikan sanggup mengharapkan sakit itu jadi kepada kita.....

Alhamdulillah...Alhamdulillah syukur ku kepadaMU YA ALLAH



Semasa di Emergancy Wad, lemah longlai

 Tdo sepanjang hari kerana tidak bermaya

 Air dah mula dipasang, sebanyak mana air yg keluar dari badan sebanyak itu juga mereka masukkan

  Mampu untuk menegur nurse2 yg dlm perbincangan

 Kononya senyum sbb dpt discaj

 Tetiba demam mendadak, doktor paksa balut dia sbb dia mengigil2 kesejukkan 

 Botol yang ke 4

  Drip belah kiri....

Drip bertukar belah kanan, sbb air dah takleh masuk ikut kiri, tapi nih saat dah boleh nak balik....dah sihatlah tuh klu dah boleh baca majalah....hehehhehehe

Aku ucapkan jutaan terima kasih kepada semua saudara mara, sahabat handai yang mendoakan kesihatan nana. Syukur2....Syukur....


Terima kasih sudi baca



Oct 4, 2012

Alahai Dia Demam Pulak.....




Assalamualaikum.
Harinih aku update dua kisah anak aku yg tak sihat...huhuhu. Aku pun tak sihat lagi, dah dekat seminggu batuk selsema bertakhta dia badan aku nih..

Nih pulak Dayana @ Nana yg kene serang demam panas. Ubat semua tak punction kat badan dia, kasi ubat demam tak kebah2 kecuali ubat montot jer baru suhu badan dia turun.  Kepanasan badan dia hampir mencecah 39 darjah. Tuh pasal dia ditogelkan dan pakai sepentot jer sepanjang hari sepanjang mlm. Auwww cekci tak??? klu dah besar..no no no.. cam nih yer!!!!

Alahai anak, esok nak kene tinggal di kursus. 3 hari pulak tuh. Hati berbelah bagi. Kursus nak kene pergi atas tuntutan kerja, tapi anak pulak tak sihat. Takut dia taknak duk ngan nenek dia jer. Kuat meragam tak tentu hala. nih.

Kejap lagi papa ngan mama bawak nana di Hospital yer..kita check dan cari punca apasal nana tak kebah2 demam. Kadang2 takut tonsil bengkak...besar nih klu kita sendiri duk jolok mulut dia mana mau bukak. kemam selagi boleh. Biar doktor yg uruskan..papa boleh temankan, mama tunggu kat luar sbb mama memang tak sanggup tgk doktor jolok2 tekak nih, otomatik air mata berjujuran.....bocor rahsia...siyes, sedih kan bila tgk anak melalak....

Semoga anak bucuk masam mama nih sihatlah hari nih, baru lega mama nak tinggal. kwn2 tlg doakan sekali yer...berat hati aku  sebenarnya nak tinggalkan anak yang tak sihat untuk menjalankan tanggungjawab kerja.

Amin.

Terima kasih sudi baca  :'(




Sep 24, 2012

Monday Blues ~ perintah dikurung bkn berkurung

Assalamualaikum
Monday Blues..mood malas sana sini situ

Klu jadi budak2, tak payah nak pikir mcm2 kan...
kene kurung pun masih mampu tersenyum

 Terima kasih sudi tgk dan senyum



Sep 7, 2012

Terima Kasih Tolong Mama....

Assalamualaikum semua :)
Salam Hari Jumaat yang penuh rahmat...Penghulu segala Hari....

Sekarang nih kerja2 rumah aku makin bertambah kerana ada seorang lagi assistant yang memang rajin membantu aku dalam diam tanpa perlu paksaan...senyap2 dia melakukan kerja..bila dia start menolong maka bertambahlah rutin harian aku.

Kalau aku diruang tamu, dia akan menolong aku didapur...jika aku di dapur dia akan menolong aku dibilik...terasa seperti kerja2 rumah tak pernah selesai, nak melelapkan mata sebarang dua minit terasa begitu payahnya. Teringat masih banyak kerja menanti.

Dia berhenti membantu aku mengemas , bila tiba time tido jer, celik mata dia turut serta membantu lagi.
Bergitulah sehari2..sehinggakan aku rasa alangkah seronoknya ada bibik...hehehehehe!!!!!


 Panggil2 dia tak menyahut, cari2 dia, rupanya dia sedang seronok membantu aku menyelongkar plastik yg aku simpan utk digunakan sebagai plastik sampah. Actually plastik2 nih semua aku lipat cantik2 dan susun, dapat kat dia habis dia keluarkan semua...ini bukan kali pertama dia membantu...huhuhuuuu!!! Rasa nak gigit jer telinga dia.

Klu lambat aku dtg, maka semua plastik dlm tuh dia keluarkan. Oh anak...kenapalah ko suka sepah2nya...At last aku dah malas nak lipat2, aku sumbat jer balik dlm laci tuh, sbb aku tahu dia akan buat kerja yg sama lagi.

Bila aku dah bising2 dia pun lari untuk cari lokasi seterusnya. Tolong sepahkan pulak baju kakak ngan abang yg dah aku siap lipat cantik2 dari almari. Kalau dia kemas almari memang boleh buat aku nangis...bukan saja dia menarik keluar baju2 semua tuh, dia siap bawak keluar sehingga keruang tamu...xoxoxoxoo...bayangkan keadaannya, dah mcm pasar mlm jual baju bundle.

Sekarang nih aku dah memang tak bukak pintu bilik, asal masuk ke keluar ker pintu bilik mesti kene tutup, kalau tak aku akan menangis tiap2 hari...hehehehehhe

Tapi Alhamdulillah, perkembangan dia ckup memberangsangkan, 9bulan dan mula nak menapak setapak dua...tapi masih takut2 sbb dah pernah tersembam. Dah pandai ckp yg basic2...papa, mama, nanak (taknak), naknak (dia nak sesuatu), nenen(susu), bambam (abg) dan uaruar (keluar), mam (mkn). Bijak anak mama

Terima kasih sudi baca.


Jul 23, 2012

Budak Demam Lagi


Assalamualaikum....
Alhamdulillah hari 3 kita semua berpuasa. Semoga bertahan yer kwn2....Hari pertama aku dah diuji dgn dugaan dari Allah. Budak kecik bernama Nana demam....asal dia selsema terus dia demam...demam yg tahap panas mendadak naik...cek suhu terus cecah 38.8, pelagi memang aku terus kasi ubat turunkan suhu badan kat totot dia...haaaa.amekkaw!!!!sepanjang mlm aku tidur tersengguk2 sbb terpaksa meriba dia dipangkuan aku...letak kat bawah terus jerit...letak dlm buaian 2-3 jerit...Dah husben aku oncall, terpaksa dia keje dimlm hari...ohhh sadis..time2 camnielah rasa nak nangis.

Tepat jam 4.30pagi tuh dia terjaga (time sahur)...terus sebut ma..ma..ma...biasa dia pandai sebut ba..ba..ba..(maknanya dia panggil papa dia...)...Aik ko demam sebab nak pandai sebut "mama" ker????.....

Then esoknya, terus dia boleh merangkak...pelik bin ajaib..kuasa Allah. dia boleh duduk dan memanjat terlebih dahulu. Org kata dia nak berubah bulan..camtuhlah..asyik2 demam..asyik demam sementara nak tunggu setahun tuh. Jadi mak2 kena banyak sabar. Maka dialah jadi peneman aku bersahur. Boleh pulak duk diam2 tuh sementara aku gi memanaskan lauk


!!!opsss sensored!!!
Budak demam tdo harus berpampers semata...
suhu badan dah turun terus ceria...tak merengek dah...gud..gud jer kan
Lepas azan subuh, dia tidur balik...kul 11 baru bangun
Anak dara takleh bangun lambat!!!!!!


Terima kasih sudi baca...


Jul 20, 2012

CARA PREPARE SOLID FOOD BABY KECIKKU....

Assalamualaikum....
Hari ini Hari Jumaat...Esok Sabtu, bermula ibadah puasa kita 1 Ramadhan...Alhamdulillah, Allah masih panjangkan usia kita semua untuk sama2 menjalani Ibadah Puasa yg sentiasa ditunggu2 saban tahun...*raya pun tunggu jugakkan...memang excited bila dah ada anak...kan..kan..kan...*

Since anak kecil ku berusia 6 bulan aku dah prepare solid food berbentuk nasi. Nestum dah lama dia bedal since umur 4 bulan....hehehhehehe!!!! Arahan doktor terpaksa di skip memandangkan dia kuat melalak sebab lapar....bagi susu 8 oz pun tak ckup....dia lahir 3.83kg, jadi perot pun besar...mcm mak dia!!!! Itu tipu** perot mak dia lagi besar..

Anak aku memang aku tak bagi solid food segera cam jenama HEINZ yg banyak dipasaran sekarang, w/pun berasaskan buah2an tapi status kehalalannya 100% diragui....untuk kepastian korang boleh cek dgn JAKIM ok.

So nih adalah cara 2 aku prepare solid food untuk anak aku....setiap hari, sblm aku pegi kerja aku akan bekalkan kepada pengasuh dia....boleh mkn 2 kali sehari...perot kenyang dia diam.


Masuk beras segengam dlm periuk dah letak atas dapur....air harus kasi banyak untuk mempercepatkan beras mengembang

  Bahan yg biasa aku guna, ikan bilis, carrot dan bayam....klu weekend aku kat umah aku akan tukar skit menu dia, brocolli, carrot, salmom, ikan, ayam atau udang....pastikan ikan bilis tuh korang buang tulang tau...bahaya tuh untuk sikecik...

Nasi dah mengelegak, campak pelan2 bahan2 tadi....biarkan smpai lembut semua bahan2 yer...

Bila dah masak, camnihlah jadinya...Tolong jangan bubuh perasa tambahan seperti GARAM, GULA atau PAK AJI. Bahan2 yg disediakan dah ckup rasa...masinnya ikan bilis...manisnya sayur2an...baby belum sesuai bagi semua2 tuh...INGAT!!!! bukan aku ckp....DOKTOR  Choo pakar Peadiatrik HKL yg ckp...haaa...menu nih pun dialah yg kasi masa anak sulung aku admit dulu (masa tuh anak sulung aku 8bulan)

Then amik penapis santan nih, belilah kat kedai 2hengget....hehehehhehe...khaskan untuk lecek nasi baby jer....jgn korang tapis cili dah...aku tak suka blend sbb nasi akan terlalu hancur...tak comel tau!!!!

Kaci lenyek nasi sikit2.....sampai habis satu periuk tuh...."tangan memang lenguh....." klu yg tak lenguh tuh boleh kira ajaiblah...heheheh

Inilah hasilnya.......cantik bangat kan....rasa pun sedap, klu anak aku mkn tak abis aku tukang bedal...masukkan dlm container panas ....boleh tahan sampai kul 4 ptg...

Ok...ready nak hantar pengasuh dia...container tuh free masa beli aircond...hehhehee, klu beli kat luar aku taktau harga


Ok siap...sesapa yg baru nak cuba2 bagi solid food kat anak uoll boleh cuba....senang, jimat....dan berkhasiat....

Senang2 aku kongsikan cara buat dessert tuk baby yg berasaskan buah-buahan

Terima kasih sudi baca

Jul 19, 2012

Tersangkut Dalam Bakul

Assalamulaikum...
Hari nih pagi Khamis yg penuh rahmat...Hujan turun melimpah ruah sampai jalan jem tak bergerak2...akibatnya? Punch card pun merah...oh sungguh owesome sbb tepi punch card boleh tulis..."HUJAN LEBAT"...alasan yg paling diterima oleh bos-bos....Hari tak hujan, klu bos terdatang lambat...tgk punch card dia tetap dia tulis Hujan...hehehheheheh!!!!...sebab tuh alasan Hujan boleh diguna pakai tanpa was-was.

Lagi 2 hari kita akan menyambut Ramadhan dan 3 hari lagi anak kecil ku akan mencecah 8 bulan. Merangkak tak boleh lagi, tapi duduk dan memanjat telah menyusul awal...pantang keluarkan dari walker, mulalah dia mengembara ke sana sini, panjat segala benda boleh panjat...ko takleh panjat ko melalak...selalu bikin aku terkejut dan terkejar2 bila tiba2 melalak..paling takleh diterima akal bila aku duk kusyuk dlm toilet dia melalak...ohhhh sungguh tercabar....yer...tercabar sgt....terpaksa melakukan segala dgn pantas sampai kadang2 gosok gigi guna pencuci muka!!! ini buka dusta...ini realiti...realiti yg tak bole dijual beli,  sampai rasa taknak mkn sebab terbau2 pencuci muka fair n lovely dlm mulut..hhehe!!!!
Semalam aku duk layan Dejavu Di Kinabalu sambil melipat kain sebakul...tup2 aku pandang bakul aku dah hilang....pusing belakang rupanya anak gadis aku dah buat main....ok mainlah. jgn nangis sudah...duk diam2...

Dua 3 kali aku pandang, aku tgk dia duk mengekek gelak...entah apalah yg buat di gelak2...so pe lagi snap pic dia main bakul....panjat2 ..dia berdiri (dgn pegang objek) pun dah kira stabil dah...so takderlah worried sangat...then.................

Pandang sekali, ok dia main diam..diam..pegang2 tangkai raga tuh...seronok agaknya main raga nih


Sekali sekala pandang ke tv bila ada iklan yg menarik hati dia terutama iklan Oreo " aikkk....ayah boleh tolong buka oreo untuk saya?"

Dah start berdiri dan kadang2 nak tunjuk eksen lebih dia lepas sebelah tangan...hebatlah tuh konon...klu jatuh memang terbaekkkk.....tapi jarang sekali dia jatuh, sebab dia pandai imbang badan dia, kelakar bila dia cuba imbang badan,....tergedik bontot dia...hehehehe

Tgk dia  cam ok jer, aku pun fokus lipat kain yg dah seminggu tertunggak sambil jeling2 kat Ammar dan Bazli...Tetibaaa.......wuaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa dia melalak....sekali pandang..dia dh masuk dlm bakul. Tak boleh nak keluar sebab kepala tersangkut. Waduuhhhhhh nak...kenapa dong bisa jadi bergini???
Pandai masuk tak boleh keluar....tapi ini tak boleh guna peribahasa :MASUK BAKUL ANGKAT SENDIRI.....mula2 tuh rasa kesian, tapi cancel kesian...jadi kelakar pulak...hahahhaha ...kelakar sungguh anakku...kelakar....sampai mengalir air mata aku gelakkan dia....kejam sungguh mama mu ini kan....

Tak baik tau mama...gelakkan Nana...."nak main lagi tak?" dia jwb "ba..ba..ba...." haaa tuh dia panggil papa dia lah tuh....


Terima kasih sudi singgah.

Jul 13, 2012

sibuk dah nak makan jajan

Mentang2 dah besar skit...dah besar skit yer, auntie2...skit je...dah  pandai pilih jajan nak mkn..pantang nampak plastik kaler2 semua berminat...plastik isi ikan kaler merah2, ijau2 tak mainlah....takder cop jajan. Asal org pegang jer, dan2 itulah yg dia nak rebut (adakah itu perangai aku masa kecik2...tidak..tidak..jgn terpedaya..masa aku kecik tak kenal jajan.)








Tgklah kesungguhan dia nak mkn. Oh no..no...umur ko baru 7bulan nak oii...mana boleh mkn jajan, mak ko boleh sebab dia dah 31tahun...muehhmuaaah.  tuh pun jajan mak ko sebenarnya, dia malu nak ngaku...eleh, tipulah dah tua2 tak mkn jajan...korang pun sama kan...??? jgn tipu...nnti masuk api nelaka.

Terima kasih sudi singgah :)




Jun 28, 2012

Sayang Jam...Sayang Lagi Anak..



Sayang sgt jam nih,
hantaran masa nikah...almost 5 year melekat kat tangan aku....
jatuh dh berpuluh2 kali still maintain cun, tapi kali nih...budak comel 7bulan nih pegang then dia campak dari tangan dia terus pecah, hati aku pecah seribu tgk jam cinta hati yg disayangi..
.wpun jam tuh tak mahal, tapi cukup sentimental value ..
"Mood : sedih"

Jun 25, 2012

saya sayang kakak saya.......



Sama2 tgk tv citer boboiboy then I said..bb kiss kakngah....spontan dia kiss
Alahai comel banget anak gegirl mama nih

Jun 21, 2012

Pengasuh anak aku MENIPU!!!!!

Kesian anak dara aku, jatuh kat rumah pengasuh dia smpai benjol dahi....aku tak perasan masa ambik ptg smlm, dh blik rumah baru nampak. Terus call tanya pengasuh dia, pengasuh dia kata takda jatuh...last2 tanya anak aku yg sorang lagi, rupanya jatuh time cucu dia nak angkat....angin satu badan aku!!!! Pagi td hantar terus aku sound...klu ckp betul2 bkn aku nak marah pun....tapi sekarang terus aku rasa marah!!!!

Jun 15, 2012

rahsia rambut lebat saya.....

kwn2 nak tahu tak
apa rahsia sy untuk rambut cpt tumbuh dan lebat serta comel.
Mak saya (pengasuh sayalah....sy panggil dia mak) selalu letakkan minyak zaitun dan minyak zamzam
 lepas sy mandi....dia selalu ckp...nnti rambut saya cpt panjang, br nampak perempuan...
ramai kata sy lelaki wpun saya dh pakai baju bunga2 kaler pink....
bagi kwn2 saya yg masih botak dan rambut malu2 nk tumbuh, suruh mama letak minyak yg sy ckp td yer.....jgn lupaaa....nnti rambut kwn lebat, cantik, hitam berkilat cm rambut saya.....comel tak sy auntie?

May 23, 2012

WORDLESS WEDNESDAY | My 1st Bites



"Hadoiiii beratnya dihempap kotak biskut Farley's"
"This my 1st Bites tau kengkawan....sedap! mama saya pun suka mkn biskut saya nih"
"Nanti biler2 saya suruh mama saya letak muka saya yg comot mkn biskut nih tau"

Terima kasih sudi tgk2..jeling2..



May 8, 2012

Potong kuku kakiku.....



w/pun baru panjang nih kuku kaki dia...aku dah rimas tgk.

Taktik menyorokkan jari kaki supaya kuku tidak dipotong...sweet kan...budak nih penggeli rupanya!!!

Kepada ibu2 yang ada anak kecik, mesti rasa susahkan nak potong kuku baby....cam aku jugak, ckup susah nak potong kuku baby terutamanya tang kat kaki,  klu tangan memang aku takder masalah sgt, satu tangan bagi pegang mainan dan kita potong kuku sebelah tangan lagi....tapi klu kuku kaki...bencinta tau!!!!

Nak buat time dia tidur pun susah...maybe deria kegelian tapak kaki tuh berada ditahap 100% paranormal, jadi bila kaki diusik otomatik dia tersedar dan tergerak2....oh klu paling menusuk kalbu keibuan, dia akan melipatkan jari2 kaki dan melindungi antara satu sama lain (cam kat gambar no 2 diatas tuh)...OMG!!!!!

Bila kuku kaki dia dah terlampau panjang, baru aku potong tuh pun memerlukan khidmat laki aku untuk pegang kaki dan tangan dia..hehehehhe!!!! cam kelakar kadang2 bila dia meliuk lintuk sebab geli...kalau dia dah tak tahan sangat geli dia akan menggunakan taktik melalak sekuat hati...maka mana ada ibu sampai hati tgk anak menangis kan..kan...berhentilah separuh jalan....terjadilah kuku panjang pendek dari jari2 montel dia..hehehehhe

Ada org suggest pakai gunting kecik, tapi aku tak confident sebab gunting kecik mana nak muat dgn jari aku yg besar nih, elok2 nak potong kuku takut terpotong kaki...hehehehhe!! maka clip kuku untuk bbaby yg aku guna...

Terima kasih sudi baca
klu ada petua2 untuk senang potong kuku kaki bb bolehlah share..


Apr 25, 2012

WORDLESS WEDNESDAY | Apakah Maknanyer????



                                                        Pandai dah cabut stokin sendiri


Then cabut puting pulak..
thennnnnn ko ISAP IBU JARI KAKI

hadoiiiii...apakah maknanya itu???



Takderlah wordless sgttttt
Terima kasih sudi singgah

Apr 17, 2012

...Aaaaaaaper???????


Apa pandang-pandang?
Tak pernah tgk org isap jari ker????



Ehhhehhh....jgn marah
Saya gurau2 jer....

(Mr. Nyamuk dah cium pipi saya)

Apr 16, 2012

Kecik-kecik dah jadi PENDERMA

Alhamdulillah, baru ada kesempatan nak update pasal my little baby yg jadi penderma seawal 20 minit selepas kelahinya tempohari...|...sila baca entry lepas..lepas..lepas...lepas...(punyer lah dah banyak entry,   baru nak citer pasal entry  nih..sila baca kt  SINI

Derma aper yer??? Derma Cord Blood...mungkin ada yg biasa dengar dan mungkin ada yg tak pernah dengar.  CORD BLOOD adalah darah yang tertinggal di dalam uri selepas melahirkan anak. Sewaktu kehamilan darah ini amat penting untuk membekalkan oksigen dan makanan kepada baby kita.

Eeh..ehh..eh...Camner boleh derma pulak?
Menurut doktor yang memeriksa aku masa dlm labour room, dia kata aku tiada sebarang masalah semasa mengandung dan juga history mengandung2 lepas semuanya berada dlm keadaan yg baik. Jadi aku telah dipilih diantara 64org yg ada dlm wad bersalin untuk menderma Cord Blood. "Aku sorang jer yg terpilih masa tuh-sedikit bangga! siyesss....", Keizinan bertulis dari doktor dan persetujuan kita adalah penting untuk menjadi penderma cord blood.

Mengapa Cord Blood berguna?
Cord blood akan dikumpul, dibekukan dan disimpan supaya ia akan selamat digunakan bagi kanak2 yg perlu rawatan pemindahan dgn segera. Ia boleh digunakan sebagai alternatif selain daripada tulang sum-sum untuk pemindahan kepada kanak-kanak yg mengidap penyakit Leukemia, Thalassemia dan Sickle Cell Anaemia.

Sebenarnya aku pun taktau pasal nih, bila dah diterangkan masa dlm labour room tuh yg darah ini amat berguna untuk kanak2 lain teruskan hidup terus aku sign tanpa berfikir panjang (tgh sakit2 pun doktor boleh bagi ceramah...sabau jelah akak)...Alhamdulillah hanya dengan  5ml  yg di ambil boleh menyelamatkan nyawa kanak-kanak yang memerlukan. Kini Cord Blood berada dlm simpanan PUSAT DARAH NEGARA.




Siap ada SIJIL tanda Approval..Bangga mak ko nih nak...hehehehehhe!!!!
Kecik2 dah ada sijil ..Mak ko dulu Sijil pun dapat masa umur 6thn, habis sekolah tadika.


(gambar kurang memuaskan, amik dari dlm folder jer)

Mungkin anda yg sedang mengandung sekarang boleh juga mendermakan cord blood masa melahirkan anak nanti...Bantu membantu amalan mulia. tanyalah doktor anda masa dlm labour room yer...sekadar infomasi untuk kalian.

Terima kasih sudi baca.



Mar 28, 2012

Saya Suka Makan Kurma

Hai tawan-tawan...
Saya nak letak gambar saya mkn kurma
Mama saya memang rajin bagi saya mkn setiap mlm.
Tapi sy tak mkn, saya cuma pandai isap jer..
saya belum ada gigi lg...heheheheh

Nih kurma dari Madinah
Kawan mak saya tolong belikan
Bukan beli kat madinah
tapi beli kat tabung haji jer..
Sedappppppppp

Tgk hidung saya
sampai kembang2 tak tercontrol
sebab sedap sgt tau...
Mata pun naik juling sebab sy menikmati keenakkan kurma madinah nih.

Ohhhh...
saya tak bagi mama saya tarik kurma tuh dari mulut saya
nanti saya menangis
Saya nak pegang sendiri pun
mama saya tak kasi
Dia ckp takut nanti tercekik

Tgklah saya...
sampai jari pun saya nak isap...
masih ada manis2 lagi rasa kurma
Mama saya cakap cukuplah tuh hari ini
Esok boleh sambung lagi

Saya nak nangis
tapi mama saya bagi dibo dan minnimouse utk hiburkan hati saya
Tapi tuh kakak saya punya
nanti dia marah saya camner?
Tgklah, saya masih menghisap jari saya itu
Sedap betullah kurma tuh

Untuk pesanan semua tawan-tawan saya
Jgn kutuk2 saya tau
sebab bedak saya bertompok2
Ini semua kerja abg saya
Dia memang suka pakaikan saya bedak
saya mandi ker..saya tak mandi ker
asal dia nampak bedak
sayalah yg jadi mangsa
kesian saya kan.


Terima kasih kawan-kawan sebab singgah blog mama saya nie

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

My Beloved Son Danish

Lilypie Fifth Birthday tickers

My Beloved Doter - Danisha

Lilypie Third Birthday tickers

My Beloved Doter Dayana

Lilypie First Birthday tickers