~Oh MY Gucci~

TQVM MYFOLLOWERS...

Oct 25, 2013

Asthma : dilabelkan sebagai keturunan keluarga


Ini anak ketiga aku, turut disahkan mengidap simpton mild astma
sama seperti abang dia yang sulung..


Jan 1, 2013

Tahun Baru Azam masih yg lama....

Assalamualaikum...

Teringat zaman kanak2 masih hingusan...time2 esok nak sekolah mulalah kumpul ramai2 bawak pokok jambu cik jah....bukak topik itu ini...termasuklah azam tahun baru...dan paling sadis cita2 juga berubah tiap2 tahun...kejap nak jadi polis..kejap nak jadi askar. ikut cerita dlm tv yang tengah up...

Mona : Apa azam ko tahun dpn?
Esah : Aku nak belajar pandai2 sampai dapat no 1. (tapi setiap tahun tak pernah dapat pun)
 Dolah : Azam aku nak beli basikal....(tapi bapak beli basikal setahun sampai  3 kali ) itu bukan azam..

Actually azam aku tak tercapai tahun 2012...oh..oh...kenapa tak tercapai? sbb aku sentiasa berkejar dgn masa yang aku rasakan tidak cukup 24 jam dalam sehari..bila dah penat jadi malas. Bila dah malas ...apa pun tak jadi.

InsyaAllah aku cuba merealisasikan azam tahun 2012 ke Tahun 2013 ini. Jika tidak tercapai jugak, aku nak tukar azam lain tahun depan. Boleh tak gitu??? Sebenarnya bila difikir2 balik tak perlu ada azam kut...masa sentiasa berputar pantas, kadang2 apa yg terlalu diinginkan tidak tercapai untuk dilakukakan. Displin sekuat mana, jika Allah tidak izinkan...maka ia tidak akan terlaksana...hanya pendapat aku....jgn marah jika ada yg tidak setuju.

Apa azam aku? takpe..takpe...jgn risau...jika berjaya aku akan umumkan penghujung tahun ini..hehehehhehe. 

Ya pasti aku memohon agar Allah sentiasa panjangkan umur aku,  sihatkan badan aku, kuatkan hati aku...kuatkan semangat akudan murahkan rezeki aku untuk terus berada ditahun 2013 dan tahun2 seterusnya....Amin.

Anda bagaimana?

nota mohon maaf : Tak dapat nak blogging dan blogwalking selalu atas tuntutan kerja yang tidak menentu sekarang...jika masa terluang baru sempat nak terjah blog rakan2.


 * gambar riang riang abis kursus...takde kene mengena dgn azam...cuba dipaparkan adalah KEGEMBIRAAN...(kenapa aku boleh angkat handbag sekali??/confius)

terima kasih sudi baca


Nov 4, 2012

Lambaian Baitullah

Assalamualaikum...
Lama sudah tidak menjenguk blog....dan update citer2 yang sudah berkepam. Ini entry yg berada dlm draf baru nak publish. Semenjak berpindah ditempat kerja baru, masa bekerja 8 jam bagaikan hanya 4 jam...terlalu pantas...ditambah pulak keadaan yg sentiasa terkejar2 dgn masa, mkn tengahari yg bapak jauhnya sebab tiada cafe disediakan dlm bangunan...syahdu sungguh!!!...blog2 semua di block atas arahan org atasan, tetapi facebook dan twitter boleh pulak dilayari...lagi syahdu!!!! Nak blogwalking takder masa apatah lagi nak updated cerita...maafkan daku.

Ok stop citer2 syahdu.. nih nak citer pasal MIL dan FIL yang dapat panggilan haji disaat2 akhir. Alhamdullillah hajat mereka kesampaian walaupun melalui pakej bukannya muasassah yang biasa ditunggu2 oleh umat islam. 14Oktober mereka bertolak dari kompleks tabung Haji jam 2 pagi...Syahdu rasanya bila berjauhan dgn org tua lebih2 lagi anak teruna aku yg sulung. Bila tiba panggilan masuk berdaftar, anak teruna aku langsung taknak salam dan pandang muka nenek dan atuk dia sebab terlalu sedih. Baju tudung aku habis basah dek airmata dia yg mengalir laju tanpa henti. Tgk dia sedih aku pulak yg tersedih jugak...huhuhuhu!!!!
Bila dah sedih otomatik airmata mengalir laju. wuaaaaaaaaaaaa....

44hari MIL dan FIL akan berada di Mekah. Lama tuh!!!! Mereka akan flight balik pada 27 November. Hari2 anak teruna aku tgk tv pasal haji, kut2lah terselit muka atuk dan nenek dia. Setiap hari jugalah nenek dia call supaya cucu dia tak fikir sgt yg nenek dia berada jauh dimata.  Semoga mereka berdua mendapat Haji yang Mabrur...dan semoga mereka selamat kembali...AMIN

Aku juga berdoa semoga kedua ibubapa aku juga dapat menjejaki Baitullah jika ada rezeki mereka pada masa akan datang. AMIN

MIL & FIL

 FAMILY YG HANTAR
 
 MY FAMILY

 MULA2 SAMPAI MASIH HAPPY

NENEK SEDIH BILA CUCU KESAYANGAN DIA TAKMAU PANDANG DAN SALAM PUN.

Kami akan tunggu kepulangan mu....jika dimurahkan rezeki dan bila seru sudah sampai InsyaAllah aku juga teringin ke sana. AMIN

Terima kasih sudi baca.




Oct 23, 2012

5 DAYS WARDED- BETUL2 MENGUJI KESABARAN AKU...

Assalamualaikum...warga blogger. Alhamdulillah hari ini baru berkesempatan nak update citer. Banyak yg dah masuk dlm draft, tapi blm nak edit2 lagi....Aku sajikan dulu cerita ini....sebagai panduan kepada ibu2 diluar sana, termasuk peringatan terhadap diri sendiri jugak supaya lebih berhati2 dan memberi lebih perhatian kepada anak-anak.

15hb Okt, jam 7.30ptg, anak kecil aku Nana jatuh dari CPU komputer yang dipanjat dan kepalanya terhantuk ke dinding, nampak sikit jer dan secara logik tak mungkin cedera teruk. After 1 hour dia muntah2 tanpa henti sehinggakan badan dia lemah longlai...dan waktu itu hanya Tuhan yg tahu camner perasaan aku. Rasa nak pitam bila anak sudah seperti nyawa2 ikan...Husben pulak blm balik kerja...even husben bz tahan gaban, aku paksa jugak dia balik memandangkan keadaan anak aku susah nak digambarkan. 

10.30mlm terus admit di Emergancy ward untuk pemerhatian, tapi muntah tak berhenti2, sampaikan baju yg aku pakai memang busuk sebusuknya...aku memag tak pedulik org sekeliling, lantaklah dorang nak tutup hidung pun...anak aku muntah sampai keluar kaler kuning memandangkan tiada lagi isi perut yg tinggal. 

2.00pagi, doktor mengatakan nak buat CT Scan. Aku dah nangis bagai nak giler...risau takut ada apa2 yg tak diingini... Rasa nyawa aku dah separuh hilang. Rasa kaki aku dah tak pijak kat bumi. Tgk keadaan anak aku yang tak bermaya, aku gagahkan jugak untuk turuti apa yg doktor suggestkan. Lebih melemahkan aku, bila husben terpaksa jaga dua org anak aku lagi dan tidak dibenarkan menunggu...Oh Tuhan.....aku tabahkan hati kuatkan semangat dan aku yakin tiada apa2 perkara buruk akan berlaku.

4.00pagi, result CT Scan keluar dan Alhamdulillah semuanya OK, barulah aku rasa kaki aku mula memijak bumi. Anak aku di masukkan kat wad kanak2 KK1 untuk pemerhatian lanjut. Alhamdullilah....tak berhenti aku mengucapkan syukur. 

16hb Okt, selepas semuanya ok, anak aku diserang pulak cirit birit, cirit birit yg tak berhenti. Aku pun pelik, apa sebenarnya yg berlaku nih. Adakah effect dia jatuh ataupun memang dia dlm keracunan makanan??? Bila aku ajukan soklan kepada doktor, doktor pun tidak pasti. Sample darah sehingga 6 kali diambil...abis tangan kaki anak aku berlubang2...kesian sgt.

17hb Okt, Everything ok...ingatkan panas hingga ke ptg (cewahhh) rupanya tak hujan2. Ok doktor kata boleh discaj. Seronok giler....packing2 barang nak keluar. Sementara tunggu husben dtg amik, aku pun lepak2 kat taman bawak di anak gadis....tapi dia merengek jer, cam ada yg tak kena.....itu salah..ini salah....sehinggalah dia muntah tetiba dan mengigil2, muka pucat sampai biru....doktor cek suhu badan dia sudah cecah 40.3c....dia dah kelihatan ckup lemah hingga tak mampu buka mata....lagi sekali aku panik dan tak pasal2 aku menangis sekuat hati, bila aku panggil nama nana dia tak bagi respon....discaj dicancelkan....

18hb Okt hingga 21hb okt, bermulalah episod dia demam tak kebah2....suhu badan tak turun2 dari 38c....hati risau hanya tuhan yg tahu...sepanjang dia diserang muntah2 dan cirit birit dan 3 botol air dimasukkkan, bila dah demam sebotol lagi......Lama2 kelamaan doktor decide nak bagi antiobiotik....Alhamdulillah selepas 12dos antiobik, keadaan kembali normal...Nana kembali ceria....
Sihat sepenuhnya, cuma aku kene bagi perhatian kursus untuk dia..Ada satu lagi ujian darah yg belum diterima, arap2 tiadalah yg merisaukan..

Jam 12.30tghari 21 okt Nana dah boleh discaj.....aku org yg paling gembira..bolehkan aku mandi sepuasnya..bolehlah aku tidur selenanya.....Syukur Ya Allah, kau uji aku sebagai hambamu....Aku redha.

Ibu2 diluar sana, tolonglah berikan lebih perhatian kepada anak2 kita..Merekalah nyawa kita, pengarang jantung . Bila mereka sakit kitalah org yg paling utama susah hati. Sampaikan sanggup mengharapkan sakit itu jadi kepada kita.....

Alhamdulillah...Alhamdulillah syukur ku kepadaMU YA ALLAH



Semasa di Emergancy Wad, lemah longlai

 Tdo sepanjang hari kerana tidak bermaya

 Air dah mula dipasang, sebanyak mana air yg keluar dari badan sebanyak itu juga mereka masukkan

  Mampu untuk menegur nurse2 yg dlm perbincangan

 Kononya senyum sbb dpt discaj

 Tetiba demam mendadak, doktor paksa balut dia sbb dia mengigil2 kesejukkan 

 Botol yang ke 4

  Drip belah kiri....

Drip bertukar belah kanan, sbb air dah takleh masuk ikut kiri, tapi nih saat dah boleh nak balik....dah sihatlah tuh klu dah boleh baca majalah....hehehhehehe

Aku ucapkan jutaan terima kasih kepada semua saudara mara, sahabat handai yang mendoakan kesihatan nana. Syukur2....Syukur....


Terima kasih sudi baca



Oct 11, 2012

MAAFKAN DAKU.....

Assalamualaikum....

Terlebih dahulu saya nak mintak maaf sekiranya tak dpt nak menerjah blog kengkawan dan meninggalkan komen yer sepanjang minggu ini dan minggu hadapan. Niat dihati nak sangat buat demikian tetapi apakan daya saya terpaksa settlekan segala kerja-kerja yg ada.

Almaklumlah saya akan berpindah tempat kerja atas pilihan sendiri...Jika sebelum nih bertugas di Institut Jantung Negara dan bermula 15hb nih saya akan berkhidmat pulak diPusat Darah Negara, walawei....jumpa darahlah pulak lepas nih...pitam..pitam...tapi....sob..sob..sob...sedih nak tinggalkan kwn2....tapi pengalaman baru harus dikejar juga....

Doakan semoga saya diPermudahkan segalanya ditempat baru nanti dan saya akan berjanji akan blogwalking semula ke blog2 rakan yer bila keadaan dan tenang dan kembali seperti biasa. Saya tahu seminggu  awal kemasukkan mcm2 nak kene buat termasuklah isi borang pelekat kereta...Huh!!!! Isi borang pun boleh bikin stress...

Heheheheh...tak sabar pulak nak keje kat tempat baru...mood dah berbelah bagi nih...tapi apa de hal...opis lama opis baru berhadapan jer...hahahhaha!!!! Rindu2 boleh jerit jer.

Terima kasih sudi baca....Maafkan daku....

Oct 8, 2012

MyBlog Masuk TV..OMG..OMG....

Assalamualaikum.....
Salam Isnin yang penuh dgn blues kuning biru hijau....Mata masih mengantuk, fikiran masih pk2 pasal percutian smlm...kan..kan..kan..

Mlm Jumaat lepas, ada krew tv rancangan Apa Kata  Wanita bersama Zamzarina Terbitan Tv 1 call kata my blog terpilih sebagai blog pilihan untuk segmen "blog Pilihan dalam Rancangan Apa Kata Wanita bersama Zamzarina yang akan bersiaran secara langsung  Ahad 7/10/12 Jam 3 ptg"...Kenapa Terpilih? Cam ner boleh Terpilih?

Actually aku adalah followers blog Zamzarina nih, so krew tersebut kata, dia ambil secara rawak daripada followers2 yg ada, OMG blog huduh aku terpilih...segan pulak rasanya. Bukan glamer pun...followers pun tak ramai. Tapi dah dinamakan rezekikan...

Tapi aku takder rezeki pulak nak menonton rancangan tuh sebab aku terlibat dgn kursus kat Janda Baik...Maklumlah bila kursus..no tv tv  dan no hp2...sepanjang kursus...sedih2...sedih....kepada sesapa yg menonton sgt diucapkan jutaan terima kasih.

Oh yea...kepada yg berminat nak jugak blog korang dipaparkan dlm segmen "BLOG PILIHAN" rancangan APA KATA WANITA bersama ZAMZARINA bolehlah jadi followers blog beliau
http://zamzarinazambri.blogspot.com/ dan jgn lupa like panpage FB ApaKataWanitaZamzarina

Banyak yg kita boleh dpt sebenarnya dgn menonton rancangan nih. Klu tak salah aku, aku ada juga menonton 4-5 kali, kebanyyakkan semuanya topik pasal wanita....Ok jgn lupa kwn2 ...tonton Apa Kata Wanita bersama Zamzarina yer setiap hari ahad Tv 1. dan jgn lupa like panpage dan jadi followers blog beliau...

Terima kasih sudi baca.

Oct 5, 2012

Jom Masak Maraconi Cara Org Malas


Assalamulaikum...
Nih citer org malas masak tengahari disebabkan hanya mak pak jer ada kat umah, anak2 semua kene culik oleh datuk dan nenek kedua2 belah pihak...

Senang simple cepat dan sedap...sedap ker??? korang nampak cam sedap tak????

Bahan2
- Macaroni (blh pilih yg berbagai bentuk)
- 2 bijik bawang putih
- 3 sudu cili blend
- 2 sudu tomato puree (nak pakai sos spagetti segera pun sedap)
- Daging atau ayam hancur
- Udang yg comel (lain seafood pun sedap)
- Sedikit sayur jika suka (guna brokoli baru mat salleh)
- sedikit garam/gula dan serbuk basil

Cara-cara
- maraconi direbus sampai lembut
- Tumis bawang putih, cili dan tomato puri sekali gus
- Dah naik bau, masukkan daging/ayam hancur dan udang
-Dah sebati masukkan jer terus macaroni dan sayur
- tambah bahan perasa td gula garam dan serbuk basil
- Gaul rata, rasa2 skit...dah ok angkat dan hidang

simplekan...senangkan...tak buang masa, masa yg ada korang boleh gunakan sepenuhnya untuk picit jerawat...hehehhehehe..

selamat mencuba

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

My Beloved Son Danish

Lilypie Fifth Birthday tickers

My Beloved Doter - Danisha

Lilypie Third Birthday tickers

My Beloved Doter Dayana

Lilypie First Birthday tickers