~Oh MY Gucci~

TQVM MYFOLLOWERS...

May 30, 2012

RILIS TENSEN

Tgk tajuk cam nak pengsan..huduh benar ejaannye....ok2..ok dah boleh tgk citer terbaru kat Astro TVIQ "Oh My English"






Macam-macam hal budak2 yg masih dibangku sekolah nih.
nasib baik tak jadi cikgu!!! (pernah jugak terpikir nak jadi dulu)


Terima kasih sudi singgah

May 28, 2012

selera kian berubah......

Since dah menempoh alam 30an nih, selera kian berubah dari hari ke hari....jika dahulu dlm lingkungan awal2 20an pernah aku terasa pelik bila tgk org2 yang berumur mengunyah daun2 mentah dan masa itu akan menganggap ulam ulaman mentah seperti rumput2 dipadang.

Sekarang dan saat ini barulah aku tahu bertapa nikmatnya ulam2 itu semua...selain mengambil supplement tambahan, ulam2 juga adalah salah satu faktor kenapa org2 lama panjang umur dan kulit mereka masih kelihatan segar w/pun sudah berkedut seribu. Yaaa......seperti nenek aku, masih gagah w/pun sudah berusia dlm lingkungan 80tahun. Teringat pulak, klu balik kg, makanan yg terhidang atas meja hanya ikan2 sawah goreng , ulam2 yg aku panggil rumput tuh dan sedikit masakan tambahan untuk cucu2  moden.

Menu harian aku dan suami kini telah berubah w/pun tidak sepenuhnya...setiap hari mkn nasi kitaorg dah addicted kat ulam-ulaman...cukuplah sekadar ikan kembung goreng, ulaman dan sayur2 rebus specially terung dan kacang bendi rebus dan tidak ketinggalan sambal kicap pedas berapi (kitaorg laki bini memang tidak berapa mengemari sambal belacan). Menu2 tambahan hanyalah untuk anak 2 yang kian membesar.

Daun selom nih bertimbun kat umah mak aku kg kg...tak pernah sekali pun aku sentuh apatah lagi nak try mkn, kini dah jadi feberet pulak...sedap rupanya rumput nih yer. cam tak sabar nak balik kg dan angkut banyak2 bawak balik.

Kacang Botol nih aku tak pandang pun dulu2, sampai aku cabut buang sebab menjalar2 kat pintu air umah mak aku...kini, walahhhh seperti anda mengunyah kacang...sedap lah pulak.

Pegaga....cettt, pernah aku complen kat mak aku sbb masak pegaga masak lemak, tapi kini aku susah merinduinya...sedap tau...tak caya cubalah


Ulam Raja, bau dia sungguh menyengat lubang idung..boleh potong selera klu bau...tapi kini...adoiii...saya sgt suka!!! suka sangat....


Patutlah kwn aku (masa aku umur 20an, dia dah 30an) pernah ckp, suatu hari nanti, bila ko dah cecah umur cam aku, ko akan suka ulam2 nih semua...percayalah! aku tak bohong....Ya.. benar kata dia...terima kasih ANNE!

Kini aku tidak sabar pulak nak balik kg dan kutip segala ulam-ulaman yang mak aku tanam keliling rumah yang mana aku tak pandang pun sebelum ini. Hehehhehehehhe....

Tetapi, aku MASIH TAK BOLEH nak makan petai, jering dan seangkatan dengannya. Dah cuba tapi masih tidak berjaya. Mungkin kene tunggu umur 40an pulak kut...Insya Allah

Terima kasih sudi singgah.
(gambar2 yg dipaparkan semuanya pinjam kat pakcik google)


May 25, 2012

Wanita2 / Ibu2 jgn lupa dgn PAP SMEAR

Wanita-wanita diluar sana? Sudahkah anda membuat ujian Pap Smear?
Wanita2 yang lepas bersalin adalah WAJIB hokeh buat ujian nih, aku tidak terkecuali.....
Esok adalah tarikh appointment aku buat pap smear. Buat kat Klinik Kesihatan Sentul jer....w/pun sebelum2 aku memang skip tuk buat memandangkan pemikiran cetek disampaing malas nak google itu dan ini, maka setiap tarikh appointment aku tidak menunjukkan diri kat klinik even 3-4 kali nurse yang handle dah panas telinga dan lenguh jari mendail nombor tel aku.

Esok no more skip2 atau menghilangkan diri...baru kejap td nurse dah call...hikhikhik...!!!!

Arituh aku tanya KENAPA NAK KENE BUAT PAP SMEAR?
Doktor tuh explain panjang lebar dan banyak menggunakan Bahasa Inggeris (Doktor India), aku tak berapa nak paham sangat sbb banyak guna istilah Saintifik, yg aku faham adalah untuk memastikan keadaan faraj, rahim dan seangkatannya didlm badan kita bebas dari sebarang jangkitan terutamanya cancer....OMG! aku ckup gerun dgr perkataan cancer ko tau....siyes..siyes....that's why besok kene pegi jugak!!!! So dorang akan ambil sedikit sample, dan buat ujian....keputusan akan kita ketahui kemudiannya.

Adalah skit info pasal pap smear yang aku sempat ggogle

Apa itu ujian pap smear?

Ujian yang dilakukan kepada golongan wanita yang sudah melalui hubungan seksual terutamanya bagi mereka yang sudah berkahwin dan pernah melahirkan anak.

Tujuannya?
Untuk mengesan sekiranya terdapat kehadiran kuman/ kulat/ bakteria pada pangkal rahim anda. Sekiranya terdapat kuman, ianya boleh terdedah kepada berlakunya kansel pangkal rahim/ ovarian cancer (pembunuh kedua wanita) jika tidak dirawat. Sekiranya kuman tersebut dapat dikesan pada peringkat awal (melalui ujian pap smear), ini berkemungkinan anda dapat diselamatkan dari kansel pangkal rahim.

Cara rawatan dijalankan?
Dengan memasukkan alat seperti paruh itik (spatula) ke dalam laluan rahim (melalui faraj), tujuannya untuk mendapatkan sedikit tisu pada pangkal rahim bagi menjalankan ujian sekiranya ada terdapat kuman pada rahim anda.

Sakit tak?
Secara jujurnya ujian ini lansung tidak sakit cuma ada sedikit rasa tidak selesa.

Berapa lama untuk setiap ujian?
Kurang dari 2 minit.

Bila masa yang sesuai untuk ujian pap smear?
Untuk wanita yang pernah melahirkan, sebaiknya 3 atau 4 bulan sepelas melahirkan.

Berapa kali dalam setahun?
Hanya 1 kali dalam setahun, selama 3 tahun berturut-turut. Sekiranya tiada jangkitan pada pangkal rahim, anda boleh berehat dari menjalani ujian untuk 2 tahun dan menyambung semula ujian untuk tahun berikutnya. Sekiranya pangkal rahim anda mengandungi kuman, anda perlu repeat semula setiap 6 bulan (ubat dan rawatan akan diberikan).

Tips sebelum menjalani ujian:

1. Elakkan dari hubungan intim dengan suami, 1 atau 2 hari sebelum anda menjalankan ujian.
2. Selepas 10 hari kering haid.
3. Pakai kain/ baju kurung ketika hendak menjalankan ujian (senang untuk diselak... hihi)

Adakah perlu mandi wajib selepas menjalani ujian?
Selepas ujian pap smear wanita akan keluar mani, maka perlu mandi wajib. Sekiranya tidak keluar mani, tak perlu mandi wajib. Bagaimanpun ujian pap smear membatalkan puasa.

Ini adalah cara bagaimana pap smear dilakukan

 ini pulak adalah alat yang akan digunakan untuk ujian pap smear.


Bersama-sama kaum wanita dan ibu2 semua menjalani ujian Pap Smear...Free jer buat kat klinik/Hospital kerajaan. Tanya kepada klinik anda untuk keterangan lanjut...Jagalah kesihatan kita bersama

Terima kasih sudi baca









BUKIT TINGGI | Japanese Village

Sebelum tuh kene mintak maaflah sebab gambar yg bakal dipaparkan hanya gambar anak jejaka aku nih sorang jer, memandangkan hanya dia dan bapak dia yang berjaya mendaki bukit tinggi (jln kaki tau, kereta dah tak boleh parking kat atas) untuk ke tempat itu...sekali tgk gambar, terasa feeling berada kat jepun tapi yg membezakannya, kita berada di garisan khatulistiwa...tak merasa feeling salji tapi merasa feeling peluh basah baju dan seluar..itulah yg dialami oleh dua beranak tuh.

Memandangkan sikecik dah mengamuk kepanasan diiringi keinginan melelapkan mata, manakala si kakak pula dah tertidur, aku decide tunggu dlm kereta jelah, w/pun hati melonjak2 jugak nak ikut.....(kejap2 tpon bapak dia tanya itu ini...hehehehhehe)....korang bolehlah pergi sana klu dah taktau kemana hala nak pergi cuti-cuti pendek, selain menghiburkan hati boleh jugak excercise turun naik bukit...

Mampukah korang berlari naik bukit mcm budak2 nih...fuyoooo manyak tinggi tau.

Dihadapan Spa dan bilik penginapan.

Cantikkan, pokok2 dan buah yg tak boleh mkn memang banyak, meamng terasa berada dinegara org walhal negara sendiri

Dah penah berjalan, boleh singgah minum fresh orange dan minuman utamanya ialah Japanese teh dan green tea

Bukan sahaja jalan berbukit, malah anda terpaksa mendaki banyak giler anak-anak tangga untuk ke tempat yang lain...hadoiii...

Menu2 kat Japanese Restorance, harganya 3-4kali ganda mahal dari harga asal...menu tulis cam pelik2 jer, tapi sebenarnya hanyalah  air tauhu...hehehehhe

Banyak kerusi2 rehat yang disediakan, itulah gunanya dorang bina Japanese village nih dlm hutan dibukit yg tinggi , then sedia bangku rehat...anda penat, anda rehat

Dihadapan restoran yang membuatkan kita macam berada kat kg, minum dan mkn bersila....

Ok...feeling cam berada ditempat sejuk, duduk atas jalan tar yg panas...then snap gambar...wallah, feeling abislah tuh

Aikkk...ini bermakna si abang berjaya snap gambar bapak dia dgn sempurna....pepmandangan di situ totally hutan...sedap mata memandang, sesedap mata aku memandang jejaka di atas ini...hehehehhe

Menurut laki aku, ada lagi tempat yg tak berjaya disinggah atas sbb malas nak angkat call aku yg sentiasa berdering tanya bila nak turun..sejujurnya, w/pun dan 3-4kali aku ke sini tapi masih blm berjaya singgah Japanese Village nih, ada jer halangan yg datang...dulu2 tutup renovatelah..hujanlah, dorang baiki jalanlah...hishhh...

Aku tgk ramai2 pengantin2 yang mendaki bukit semata2 nak photoshoot gambar kenangan yg menarik w/pun terpaksa berpeluh dan menyusah jurumekap untuk menacap muka mereka kembali.

Terima kasih sudi singgah


May 23, 2012

WORDLESS WEDNESDAY | My 1st Bites



"Hadoiiii beratnya dihempap kotak biskut Farley's"
"This my 1st Bites tau kengkawan....sedap! mama saya pun suka mkn biskut saya nih"
"Nanti biler2 saya suruh mama saya letak muka saya yg comot mkn biskut nih tau"

Terima kasih sudi tgk2..jeling2..



May 22, 2012

BUKIT TINGGI PAHANG | Kebun Arnab

Weekend arituh kitaorg lari sedikit dari rutin mingguan yang biasanya dipenuhi dgn berbowling dan bertaman permainan. Kali ini sajer nak lari meninggalkan Kuala Lumpur yang sesak dgn pergi ke dlm hutan..jln koner2....tapi malangnya, Bukit Tinggi yang dulunya dingin angin sepoi2 bahasa kini dah panas sepanas2nya mcm anda berada dihadapan Sogo. Panas terik! Basah ketiak!...ckuplah mengambarkan bagaimana keadaan disana sekarang ini.....

Tempat pertama kenelah terjah Kebun Arnab...Arnab pun dah tak banyak seperti dulu-dulu....mungkin tokey2 satay dah beli untuk melariskan perniagaan diaorg....atau kemungkinan jugak arnab nih dan bosan tinggal ditempat yang panas maka pupuslah dia.  Tiket masuk RM3 seorang 3tahun ke atas...kuda dan keldai pun ada utk ditunggang, tapi arituh bdk2 tak berminat nak naik sbb ramai sgt anak2 pak Jerman tgh Q...

Kita layan gambar jelah yer.....


Rabbit2 nih semua pemalu, nampak org menyorok, arnab dorang masih cantik2 lagi, bulu gebu2...rasa cam nak sorokkan dlm beg, bawak balik...hehehehhe!!! Cohmell sgt....

Nih arnab yang berjaya ditangkap, seperti korang sedia maklumlah, arnabkan berlari pantas...ala story kecik2 kan ada citer...arnab dgn kura2 tuh....

Arnab nih paling baik...maintain jer kat situ...pregnant kut, tak mampu nak bergerak. Cantik jugak nih....

Eeee.....Danish berjaya tangap yg nih...puas dia kejar sekeliling, akhirnya berjaya, arnab tuh mengalah dah...tgklah dia siap pegang telinga arnab takut arnab tuh lari..

Arnab versi wonderpet...cantik sgt!!!! Manja giler.yang nih , pun spesis berat bontot....tak larat bawak badan yg gemuk mulus....

Carik2 lagi mana arnab nih semua menyorok...tuhlah aku ckp, dorang tak lepaskan banyak arnab dah kat sini....mungkin ramai manusia yang kejam....buli2 arnab yg ada...

Ok fine, dah berpeluh2 ketiak kejar arnab, masa utk main buaian..kan aku ada ckp, mana ada budak2 yang duduk diam bawak ketiak mak klu jumpa taman permainan.

Anak2 org Jerman. Comel kan...Danish tanya aku " mama kenapa rambut dia putih?" aku jawab dia anak Mat salleh "Danish pun nak jadi anak mat salleh jugaklah"..."ko mana boleh jadi anak mat salleh...bapa ko org kelate, mak ko org jawo...mana mungkin jadi mat salleh" ....hahahhahaha
dia tak puashati dgn jawapan aku..last2 aku ckp..."BUDAK TUH SUKA MINUM SUSU, SBB TUH RAMBUT DIA PUTIH" barulah dia puashati...hahahahah

Hamster.....aku geli, cam tikussss......hamster nih ckup gemuk dan pemalu gitew.

Cari kura2 yang menyorok celah batu tuh...anak Jerman tuh tegur Danish dlm Bahasa Jerman...Mampoihh ler tak pahamkan......hehehehhe 

Dah berpanas kat luar, maka masuk dlm cafe main pulak indoor punyer taman permainan....sedap pulak dia guling2 dgn bola2 tuh semua...

Hehehhehe....adik baring, abang pun harus baring dan paksa papa dia amik gambar...always budak baget ensem nih

Penat kan? minumlah teh boh RM5hengget kecawan kecik...kemut tau, nyesal2 kuat2, mahal ya amat...ammekkkawww! ...satu lagi nak citer, air dlm botol, air minuman, bukan mineral tau..RM3hengget jugak yg sepatutnya dia beli kat luar singgit tuh! abis nak wat camner...dah nama bukit tinggi!!! segala2nyerlah tinggi!!!!!

Nanti aku update pulak kat Japanese Village yer...
TErima kasih sudi singgah



KAIN PASANG..KAIN PASANG...MURAH2...LAI..LAI...


  


Kain Baju raya dah beli? Malas nak berasak2 kat Jakel, Masjid India, Jalan Tar , Nagoya, Gulatis?
Malas nak mengadap kepanasan dan ke'jem'an (bahasa apa dah nih) jalan disamping masalah parking yang kian berleluasa? (aik)

Haaaa......nak senang tak, clik cuci mata, dah berkenan boleh terus order....
jangan segan-segan terjah blog kawan aku nih INIAKUZERA yang menawarkan kain2 pasang bermutu dan terkini dgn harga yang amat murah....boleh nego lagi kut...kut2lah kan....hehehhehehe

Nak tanya stok2 kain lain pun boleh, jgn segan2...malu2 skit takper...call direct dia...
0192595054 (hotline).....

Selamat mencuci mata....dan selamat shopping...
Anda senang, aku senang hati


May 21, 2012

Controlkan hidup anda

Korang pernah tak kumpul semua remote2 yg ader kat umah then amik gambar? Pernah tak korang rasa nak jerit kuat2 bila remote control yang korang sayang hilang, padahal ada jer tp terselit celah sofa atau anak simpan dlm beg jalan2 dorang? Pernah tak laki korang terbawak remote pergi keje??? Ada tak anak-anak korang main remote2 tuh buat walkie talkie, then klu dah bergaduh...buat ketuk kepala pulak????

Hadoiiiiiiiiii....kadang2 pasal remote semua nih boleh buat gaduh laki bini, anak beranak...sorang nak pasang kipas, sorang nak pasang aircond, laki nak tgk astro, mak2 pulak nak tgk resepi kat hypoo tv...anak nak tgk dvd.....mesti ada terjadikan...jgn tipu.......mesti ada nih...kan..kan..kan...

Kat umah aku nih, remote terlalu banyak, dlm gambar nih sebahagian jer, yg dlm kategori penting2 jer, manusia sekarang semua berat bontot nak bangun berjalan2 matikan suis secara manual...buang masa kata org yg lemak banyak cam aku nih...!!! nak bangun2 bagai...baik tekan jer....tuju sana..tuju sini, masalah pun selesai...korang tau? sekali korang bangun dari sofa dan  berjalan matikan suis kipas dipintu masuk rumah, lemak korang akan hilang dlm 3/4 inci???....tttttet!!! tipu!!!!

Aku klu boleh nak semua ader remote....org malas cam nih lah!!!! Klu boleh mesin basuh pun aku nak beli yg ader remote, apatah lagi sangat hepi klu ader remote yg boleh siap2kan  keje umah, masak bagai...tekan button, keje pun siap semuanya...walahhhhhhh....org yg bergelar mak2 kat dunia nih mesti hepi jerkan andai semua ini boleh menjadi kenyataan...tak perlulah susah payah lagi nak amik maid, bayar ribu2 ckup bulan maid lari siap bawak lari lagi harta menda kita!!!! LOL...


(REMOTE TV , ASTRO , HYPOO TV(UNIFI), USB, AIRCOND  DAN KIPAS)

Penting bangat remote di atas nih, klu hilang susah hidup aku...heheheheh!!!!!!
Lepas guna jer aku kutip dan simpan, hilang satu dari pandangan aku memang kerah anak aku carik sbb biasanya dorang yang main...hehehehhehe

Terima kasih sudi baca.


May 18, 2012

Tiap-tiap minggu juga bertaman nyer....

Rentetan dari kisah tiap2 minggu berbowling (huh cam pengacara  999 je ), tiap2 minggu juga bertaman permainan...klu bowling pegi hari sabtu, maka bertaman permainan pegi hari ahad...begitulah sebaliknya juga, sementara nak tunggu anak-anak besar nih mcm2 karenah kan....

Jadinya mak bapak tiada juga masa rehat...penat kerana anak agak berbaloi dari penat kerana kerja org tapi kita dipaksa buat....itu sungguh  tak berbaloi...rasa nak maki pun ada. kan..kan..kan....

Taman tasik Titiwangsa adalah antara destinasi pilihan diujung minggu selain dari Taman Layang2 Metropolitan Kepong tuh..Kadang2 terjah jugak Taman Permainan kat Tasik Perdana......asal dah nama taman permainan, mana ada kanak2 yang tak suka...even taman permainan kecik2 dlm giant pun dorang suke...


Nak pegi Tasik TTwangsa, haruslah pergi diwaktu pagi, parking senang, dan anak2 tidak berebut dgn budak2 lain...org tak ramai key

Budak nih klu suh bergambar memang tidak pernah mengecewakan

Nih pulak memang suka wat hal sendiri...jln menonong jer, tak pandang kiri kanan

Dah start pandai main sendiri...tak perlu sgt pengawasan rapi, bila sesuatu yg dia tak yakin nak main memang dia takkan main

Feberet dialah nih

Tgk, takder orang sangat pun kan...senang anak2 nak main, klu dtg ptg, cnfirm ramai budak2 melalak nak rebut main

Budak nih masih perlu diberi pengawasan, takut2 lagi.."papa peganglah....kalau eca jatuh camner"...hehehehe

Lompat melompat memang sgt suka

Hehehhehe......" bear kepala hitam"

Buai taju-taju...sampai alik sana...budak pelat!!!

Tak perlu handle dah dia. senang keje

Best nih, aku pun pernah naik

Tergedik2 dia nak main sama....haaa....panjat...

Sungguh lengang...selesa...

Eleh budak nih...dah penat2 main nak susu lah tuh

Mak pak klu dah malas nak jaga anak main, lepak jelah kat pondok nih k...sejukkkk jer

Hehehhehe....time nih dia memang dah tergedik2 kaki tgk kakak main gelongsor, cam pandai jer nak main

Peace yoooooo

interframe jugaklah....rugi pulak tak pakai track bottom...leh exercise sekali....ok next time boleh dtg lagi...tiap2 minggu cnfirm dtg nyer

Woi....anak sapa yg terbiar nih....hehehehhehehe

Selagi perot tak lapar, selagi badan tak berpeluh, selagi tak jatuh, takder maunyer budak2 nih nak balik klu tak umpan dgn berjanji untuk dtg balik minggu depannya....sabo jelah.

terima kasih sudi singgah


Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

My Beloved Son Danish

Lilypie Fifth Birthday tickers

My Beloved Doter - Danisha

Lilypie Third Birthday tickers

My Beloved Doter Dayana

Lilypie First Birthday tickers