~Oh MY Gucci~

TQVM MYFOLLOWERS...

Aug 18, 2009

Aduhhhhhhh....SAKIT TEKAK!!


Gara-gara sebijik buah rambutan kaler merah aku terus sakit tekak. Aduhhhhhhhh....suara pun dan makin serak2 bak kata kwn aku cam suara ELLA daaa...Bermulalah satu kisah mlm tadi, aku ternampak rambutan yang cantik kalernya..Merah Pekat..sapa tgk pasti tergoda..di atas meja mkn...aku pun taktau mana dtgnya rambutan tuh...mungkin jiran-jiran kasi kut...

Jam menunjukkan pukul 11.00mlm, waktu tuk tido, selepas cuci muka, gosok gigi aku berjalan tuk naik ke bilik, sampai satu sudut meja mkn, rambutan merah tuh cam memanggil-manggil aku tuk rasa kemanisan nya.....tanpa berpikir panjang aku capailah sebijik..(biasa klu dah gosok gigi aku takkan sentuh apa-apa makanan dah). Entah mcm manalah iman aku boleh tergugat....

Dgn selamba aku mengigit kulitnya...dan isinya FULAMAKKKK, manis giler!! Terasa cam nak turun balik dan makan lagi....tapi disebabkan kemengantukkan TERLAMPAU, aku batalkan niat..Air pun aku tak minum..stok kat bilik pun dah habis...Aku pun tdolah dengan mulut yang MANIS...wakakkwkakwkwkkkakaaa....

Pagi bila sedar dari tdo terasa tekak pahit lain macam jer....aduhhhhhhhhhh, nih mesti gara-gara malas nak minum air selepas mkn rambutan....Ohhhhhh TIDAKKKKKKKK...aku tak sanggup sakit tekak atau lebih senang dipanggil BATUKKK...tapi apa yg ditakutkan itulah terjadi....kuhkuhkkuuuhhhhh...aku BATUK.
Ahhh...seksanya, sakit tekak..nak bercakap dgn org pun susah..Kene pakai MASK? tgklah camner nanti...tapi takut gak..dah batuk-batuk nih takut terkena virus Holicks 1 Nescafe 1...
Untuk melegakkan batuk aku sebelum kronik aku pun dapatkan strepsils...Ubat batuk? dah ader, tapi ada amaran...UBAT INI BOLEH MENYEBABKAN MENGANTUK. Huhhhh, aku takleh mkn ubat yg menyebabkan mengantuk....cnfirm tdo tak igtnya nnti....sebenarnya..komitmen keje beb!!!!
Hahahahhaa.....kerana sebijik rambutan merah yang manis, aku terpaksa berhadapan dgn batuk ...huhuhuuuuuuuuuuuu nak wat camner, beringat sebelum kene...BAND RAMBUTAN??...ohhhh tidak...

Aug 1, 2009

Bercuti Di Pulau Pangkor...


Sabtu lepas..25hb Julai 2009, Suami dan rakan2nya menganjurkan satu percutian keluarga di Pulau Pangkor. Walaupun sarat mengandung anak kedua (7 bulan ++) aku tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama menyertai percutian tersebut memandangkan anak aku memang suka bermain air.

Walaupun agak keletihan tetapi aku tetap rasa sangat gembira kerana telah lama aku dan suami tidak pergi bercuti. Danish lah org yg paling ceria kerana berpeluang bermain air dan bermain pasir...heheheheh! Tq abang, next time boleh ikut lagi...

11 Bulan- Cepat masa Berlalu

Kini bayi ku sudah berusia 11 bulan, sangat comel dan ceria. Danish sangat cepat belajar bila seseorang menyuruhnya membuat sesuatu terutama papanya. Danish sering membuat aku dan suami ceria walaupun dalam keadaan keletihan, tetapi awas....dia nih kuat merajuk bila tidak dapat sesuatu yang diingini... Melihat kepada keletahnya, tidak hairanlah rakan-rakan aku dan suami serta sepupu-sepupunya geram terhadap dia... Itulah dia anak sulung kesayangku...Lurve u Danish !!!
  

Puteraku-Muhammad Wildan Danish

Tanggal 1Sept2009 bersamaan 1Ramadhan 1429H, tepat jam 8.11pm, maka lahirlah seorang bayi lelaki yang sangat comel dgn berat 2.60kg di Hospital Bersalin Selayang. Bayi comel itu aku dan suami namakan Muhamad Wildan Danish Bin Mohd Asran yang membawa maksud  "Lelaki yang Bijaksana".

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

My Beloved Son Danish

Lilypie Fifth Birthday tickers

My Beloved Doter - Danisha

Lilypie Third Birthday tickers

My Beloved Doter Dayana

Lilypie First Birthday tickers