~Oh MY Gucci~

TQVM MYFOLLOWERS...

Aug 26, 2011

SALAM AIDILFITRI DAN MAAF ZAHIR BATIN



Hai semua pembaca belog huduh ku ini, dgn ini diumumkan bahawa esok belum lagi raya tapi saya (bahasa diri yg sopan santun) ingin mengucapkan selamat hari raya semua dan ampun maaf zahir batin w/pun ramai diantaranya tidak pernah bersua muka...

Tak sempat nak create kad raya cun yg ada bertepek gambar keluarga akibat kekangan masa dan ketidaksihatan anak perempuan saya yang comel...

Saya sudah mula bercuti seawal 25/8/2011 (cuti terpaksa) kerana menjaga anak gadis yg demam panas...Alhamdulillah dia sudah pun beransur baik...

Akhir kata (wah cam dlm surat rasmi2 jer), kepada sesiapa yg memulakan perjalanan pulang ke kg..berhati2lah dijalan raya...dan kepada yg tidak pulang ke kg, raikan Hari Raya kita dengan sebaik-baiknya....

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin sekali lagi.....terima kasih sudi baca!



Aug 24, 2011

"Tgk TV kat opis pun bolehlah...."



Boring???? Bosan??? Rasa cam nak balik golek2 kat tilam busuk sambil peluk bantal yg penuh dgn peta tidak wujud???? Hehhehehehe

Aku ader jln penyelesaiannya...Jom2 layan citer2 kat TV atau pun Radio pilihan anda.....


Meh terjah link kat bawah nih

AMARAN SEKERAS BATU BELAH BATU BERTANGKUP

Jika  Tertangkap...Segala kesalahan ataupun tindakan tata tertib mahupun yg lebih kejam iaitu dibuang kerja adalah tanggung jawab diri sendiri ok...tidak ada kene mengena dgn aku...tgk siang pandang kiri kanan takut Bos anda tumpang sekaki dibelakang anda tanpa anda menyedarinya...

hehehehhee....

Terima kasih sudi baca
CURI TULANG JUGA ADALAH SATU KESALAHAN


TAZKIRAH PAGI RABU.....



Seorang lelaki bertanya kepada bapak mertuanya :

"Ramai orang puji bapak kerana mampu mempertahankan perkahwinan bapak. Boleh tak bapak berkongsi dengan saya apakah rahsianya?'

Dengan tersenyum, bapa mentuanya pun menjawab:

 'Jangan
sekali-kali mengkritik isteri kamu kerana kekurangannya.
Sentiasalah ingat bahawa kerana kekurangannya itulah, isteri
kamu gagal mendapat suami yang lebih baik.

Aug 20, 2011

FOLLOWER BERTUAH BULAN OGOS



Jeng..jeng....tuan punyer header sila lompat katak 1001x kerana anda telah terpilih menjadi Follower Bertuah Bulan Ogos!!

Sila emailkan nama penuh, alamat dan no tel utk dihubungi ke zallyna81@yahoo.com

InsyaAllah, misteri gift akan sampai kepada anda sebelum Aidilfitri nanti..

Terima kasih diucapkan!!!

Aug 19, 2011

Eh..apesal aku boleh terlupa pulak nih????



Ok..Ok...mintak maaf semua followers...
Actually aku kene buat cabutan siapah Follower yg bertuah untuk Bulan Ogos pd 15/8/2011 arituh, tapi aku dah terlupa akibat kesuntukkan masa yang aku rasa tak ckup 24 jam dlm sehari.

Insya Allah mlm ini ada sedikit waktu terluang, maka aku akan umumkan siapakah insan yang bertuah itu...nyam2...

Hadiah yg tak seberapa akan aku pos sebelum aku bercuti untuk menyambut merdeka raya ok...Tungguuuuuuu!!!! Sekali lagi diberitahu agar anda semua tidak mengharapkan kereta fair lady sebagai hadiah atau mengharapkan iPad atau iPhone 4...heheheheheh, kerana aku tidak mampu untuk itu kecuali kete  fair lady mainan yg dpt percuma  bila anda mengisi minyak di shell 3 tahun lepas..( tapi kene mintak kat anak aku dulu, itupun klu dia bagi...kidding2..)

Kepada yg  lain2 masih berpeluang sehingga jam 8 mlm ini...jadilah followers yang membaca entry2 aku yer..bukan sebab nak adiah tuh jer...tiong...toin..toin...

Terima kasih sudi baca...senyum sampai nampak gusi!!!


KAMI BLOGGER PRIHATIN




Nak JOIN jugak2..tekan SINI laju2

BA suh letak video atau gambar2 isu kemanusiaan ini, tapi aku tak sanggup nak letak yg telampau daif sebab tak sanggup nak tgk...inilah jerlah aku letak yer!!!!







Sama2lah kita membantu insan2 yang memerlukan...kita mkn tak habes buang sajer, bak kata pujangga yg kita tak boleh guna " KITA HIDUP UNTUK MKN" tapi mereka...akan MAKAN UNTUK HIDUP

p/s: Ini adalah segmen sebagai sokongan terhadap kempen TABUNG KEMANUSIAAN SOMALIA anjuran ISLAMIC RELIEF MALAYSIA atau IRM .


Jika ada yang berminat untuk menderma , boleh ke laman ini :

Terima kasih semua sudi baca...

Yang baik harus dikongsi bersama.....

Examo...ramai yg tahu ramai jugak yg tak tahu...kepada sapa yg taktau pls refer detaill kat bawah nih ok...vitamin nih memang aku jual sejak anak sulung aku dlm kandungan lagi...banyak manfaat yang boleh kita dapat dari pengambilan vitamin nih...

Anak sulung dan kedua aku memang pengguna setia termasuklah aku yg tgh mengandung nih...hehehehhe!!!!
Actually nak buat promotion skit harga dia...meh tgk..meh tgk....berminat boleh inbox saya di zallyna81@yahoo.com


Harga Postage : RM5 (Semenanjung) , RM7 (sabah Sarawak)






EXAMO - CKM 500 ( 450 tablets )
HARGA : RM53
Harga Pasaran : RM 56.00


EXAMO-CKM 500 adalah sejenis makanan yang memberikan nutrien untuk saraf bagi memulihkan kesegaran otak. Ia dapat merawat masalah saraf dan mental; takut, cemas, runsing; memberi keyakinan dan membangkitkan semangat. Ia dapat menguatkan daya berfikir dan mencerdaskan akal serta membaiki daya tumpuan; menghapuskan letih lesu, serabut fikiran dan kelesuan otak. EXAMO-CKM 500 juga merupakan makanan berzat mengandungi nutrien biokimia yang menyuburkan otak dengan menggalakkan pertumbuhan ramisaraf aksosomatik dan aksodendritik pada sel neuron otak. Rumusan EXAMO-CKM 500 mengandungi garam tisu biokimia triturat Kalsium Posfat, Kalium Posfat dan Magnesium Posfat dalam juzuk yang tetap. Rencana Ringkas Tindakan EXAMO-CKM 500 Tubuh yang sihat dan bertenaga boleh melakukan pelbagai kerja. Apabila tenaga dibelanjakan, maka kian berkuranglah tenaga itu. Bila mana tenaga berkurangan, timbullah keadaan-keadaan seperti:

# Lesu
# Lemah
# Mengantuk
# Sengal otot dan sendi
# Lapar dan Dahaga
# Marah - Marah
# Tidak dapat meneruskan kerja

KegunaanA. Meningkatkan kecerdasan akal Penyelidikan Prof. Pyotr Anokhin, kecerdasan bergantung pada kesuburan pertumbuhan ramisaraf dendrit neuron. EXAMO-CKM 500 merupakan baja penyubur.

B. Memulihkan tenaga mental Tenaga mental dalam bentuk elektrik. Sumber bekalan elektrik otak daripada kimia. Neurotransmisi melibatkan neurotransmiter yang terdiri daripada ion-ion K, Mg, Na, Ca, Cl, dll. C. Membasmi masalah lupa Lupa terjadi apabila maklumat yang diperlukan pada waktu itu tidak dapat dikeluarkan daripada simpanan. Fenomena kesesakan lalulintas maklumat dalam otak. Perlu ada laluan maklumat baru dan banyak…perbanyakkan siratan ramisaraf dendrit.


Lain-lain kegunaanDapat membantu semua masalah yang melibatkan otak dan saraf:-
1. Payah tidur
2. Migrain
3. Lelah
4. Kanak-kanak degil
5. Orang pendiam, malu, takut dan pemarah.
6. Gangguan mimpi-mimpi gerun
7. Pesakit jiwa atau mental

Tempoh Guna: 3 - 12 Bulan

Kesesuaian: Semua peringkat. Istimewa bagi yang sedang belajar dan membuat persiapan untuk menghadapi peperiksaan

Cara Makan:Dikemam dalam mulut
Bayi(kurang 1 tahun)--1 biji
kanak-kanak(1-7 tahun)-- 2 biji
kanak-kanak(7-14 tahun)-- 3 biji
Dewasa(14 tahun keatas)-- 4 biji


EXAMO CKM 500 UNTUK SIAPA?
FASA 1 (DALAM KANDUNGAN)Otak dan saraf tunjang ialah salah satu bahagian yang terbentuk dengan sempurna swaktu diperingkat janin lagi. Pembentukan otak adalah aktif terutama di peringkat minggu ke-15 hingga ke-20 kehamilan. Ibu mengandung memerlukan nutrien yang mencukupi terutamanya kalsium supaya bayi di dalam kandungan tidak terjejas.


FASA 2 (BARU LAHIR)Apabila bayi dilahirkan, berlaku pertumbuhan otak yang paling aktif sehingga berusia setahun. Pada peringkat ini berlaku perubahan fizikal di dalam otak. Dianggarkan 100 juta sinaps di neuron terbentuk dan bersedia untuk digunakan. Ibu bapa perlu prihatin dengan beberapa keupayaan kanak-kanak di tahap ini. Garam tisu Biokimia yang terdapat di dalam EXAMO-CKM 500 membantu menyuburkan neuron.


FASA 3 (UMUR 1-3 TAHUN)Menjelang umur kanak-kanak 3 tahun, otak menjadi lebih aktif dan fleksibel terdapat lebih 15,000 sinaps untuk setiap neuron dan jumlah ini adakalanya lebih banyak serta dua kali ganda aktif dari otak orang dewasa. Rangsangan deria (seperti mendengar, melihat, merasa bau dan sentuh) sebenarnya melatih sel otak untuk berfungsi . Kekurangan rangsangan tersebut boleh melemahkan serta mematikan sel otak. Pada fasa ini juga, ibu bapa boleh mengesan sekiranya ada keabnormalan yang berlaku pada anak-anak mereka yang melibatkan saraf seperti masalah lambat bercakap, gagap, sindrom Down, sawan, meningitis dan sebagainya. EXAMO-CKM 500 sesuai diberikan pada usia ini untuk menambahkan lagi kecerdasan akal mereka. Penyelidik berpendapat pada fasa ini juga sesuai untuk kita “membentuk” mereka seperti yang dikehendaki.


FASA 4 (PERSEKOLAHAN)
Masalah yang paling kerap dialami oleh para pelajar ialah lupa, kurang tumpuan, lembap, malas, jemu dan bosan, letih, murung, hiperaktif dan sebagainya .Bebanan pelajaran boleh menyebabkan berlakunya stres dan migren di kalangan pelajar. Persekitaran seperti sekolah, guru, rakan, keluarga dan tanggungjawap sebagai pelajar memberi kesan yang lebih terhadap psikologi mereka. Pada fasa inilah juga para pelajar kerap berhadapan denagan ujian dan peperiksaan formal seperti UPSR, PMR, SPM atau tahap pengajian yang lebih tinggi lagi seperti diploma atau ijazah. Para pelajar disarankan menggunakan EXAMO-CKM 500 yang berfungsi untuk menguatkan ingatan, menambah tenaga mental, mencerdaskan serta mendatangkan ketenangan




EXAMO ECONOPACK
HARGA : RM75.00
Harga Pasaran : RM 80.00

Keterangan Produk:
EXAMO-CKM 500adalah sejenis makanan yang memberikan nutrien untuk saraf bagi memulihkan kesegaran otak. Ia dapat merawat masalah saraf dan mental, takut, cemas, runsing, memberi keyakinan dan membangkitkan semangat. Ia dapat menguatkan daya berfikir dan mencerdaskan akal serta membaiki daya tumpuan, menghapuskan letih lesu, serabut fikiran dan kelesuan otak.

EXAMO-CKM 500 PLUS juga merupakan makanan berzat mengandungi nutrien biokimia yang menyuburkan otak dengan menggalakkan pertumbuhan ramisaraf aksosomatik dan aksodendritik pada sel neuron otak.

Rumusan EXAMO-CKM 500 juga mengandungi garam tisu biokimia triturat Kalsium Posfat, Kalium Posfat dan Magnesium Posfat dalam juzuk yang tetap.

Bagaimana EXAMO-CKM 500 bertindak?

Tubuh yang sihat dan bertenaga boleh melakukan pelbagai kerja. Apabila tenaga yang digunakan maka makin berkuranglah tenaga tersebut. Bila mana tenaga berkurangan, timbullah keadaan-keadaan seperti:

# Lesu
# Lapar
# Mengantuk
# Sengal otot dan sendi
# Lapar dan dahaga
# Marah-marah
# Tidak dapat meneruskan kerja
# Untuk menghilangkan masalah tersebut, tenaga dapat dipulihkan.

Bagaimana hendak memulihkan tenaga?
Seperti mana tenaga fizikal, otak juga perlu dipulihkan melalui 3 cara iaitu:

# Memberi semangat dan perangsang
# Beristirehat
# Makan


Memberi Semangat Dan Perangsang
Kaedah psikologi sering digunakan untuk membantu guru membaiki prestasi pelajarnya. Kaedah memberi semangat dan rangsangan daripada orang yang dihormati dan disayangi biasanya dapat memberi daya dan tenaga dalaman untuk bangkit dan terus maju.

Beristirehat
Bila sudah banyak bekerja menggunakan otak, dengan beristirehat akan dapat memulihkan sedikit tenaga otak. tetapi hasil kajian menunjukkan otak terpaksa terus bekerja walaupun tubuh dalam keadaan berehat.

Menurut penyelidikan yang dijalankan oleh Prof Dr Samuel dan rakan-rakannya dari Institut Weismann, didapati pada satu ketika, otak melakukan antara 100,000 hingga 1,000,000 tindakbalas elektrokimia. Oleh itu, otak sebenarnya kurang dapat berehat.

Makan
Sebagaimana tubuh, tenaga otak juga memerlukan makanan. Makanan otak digelar nutrien saraf.
Namun ada pendapat mengatakan kecerdasan akal seseorang bergantung pad bilangan sel neuron di otak. Dengan kata lain, kalau otak itu banyak sel neuron, maka cerdaslah (tinggi I.Q) orang itu dan kalau sedikit neuron, maka kurang cerdaslah (rendah I.Q) orang itu.


Adakah benar pendapat ini? Pendapat itu adalah SALAH.

KECERDASAN AKAL
Kecerdasan akal (I.Q ) seseorang tidak bergantung pada bilangan sel neuron di otak. Saintis menganggarkan terdapat antara 12,000 juta hingga 15,000 juta sel neuron dalam otak.

Prof Pyotr Anokin dari Rusia dan rakan-rakan penyelidikannya mendapati bilangan neuron bukanlah faktor yang menentukan tinggi atau rendahnya tahap kecerdasan akal seseorang.

Menurut penyelidikan beliau, yang mempengaruhi kecerdasan akal seseorang ialah jumlah hubungan (connections) yang dibentuk oleh ramisaraf dendrit (dendritic fibres) di neuron. Otak yang cerdas adalah otak yang banyak membentuk hubungan atau jalnan di antara ramisaraf-ramisaraf dendrit.

Untuk membentuk hubungan atau jalinan yang banyak, otak itu mestilah mempunyai banyak ramisaraf. Bagaimana orang yang kurang cerdas? Bolehkah digalakkan pertumbuhan ramisaraf dendrit otak?


Jawapannya: BOLEH
Kajian Prof Mark Rosenweig dari U.C.L.A dari Amerika Syarikat, menunjukkan ramisaraf dendrit boleh digalakkan pertumbuhannya. Samalah halnya dengan pokok yang boleh menggalakkan pertumbuhan ranting-ranting dengan memberikan zat makanan dalam bentuk baja, maka ramisaraf dendrit yang menyerupai ranting-ranting pokok itu pun boleh digalakkan tumbuh subur dengan memberikan zat makanan yang disebut nutrien saraf. Nutrien saraf merupakan zat khusus untuk tujuan menggalakkan ramisaraf dendrit tumbuh subur.

Menurut Dr W.H Schuessler, seorang pakar biokimia bangsa German menyatakan bahawa saraf di otak memerlukan beberapa nutrien atau zat tertentu untuk dapat berfungsi dengan sempurna. Nutrien atau zat yang sesuai untuk otak ialah jenis garam tisu biokimia. Setelah menjalankan kajian mengenai fungsi otak dan hubungannya dengan makanan, maka Prof. Dr Azizan Hj Ismail telah berjaya merumuskan sejenis rumusan iistimewa untuk otak yang diberi nama EXAMO-CKM 500.

EXAMO-CKM 500 adalah zat atau nutrien yang dapat menyuburkan otak. EXAMO-CKM 500 dirumus mengandungi nutrien saraf kalsium posfat, kalium posfat dan magnesium posfat yang merupakan zat penggalak bagi menyuburkan pertumbuhan ramisaraf dendrit neuron otak. Di samping itu, EXAMO-CKM 500 adalah merupakan nutrien saraf yang diperlukan untuk memulihkan tenaga otak bagi mendapatkan kesempurnaan fungsi otak, berfikir, mengingat dan sebagainyam

Kesan Kegunaan EXAMO-CKM 500

Meningkatkan kecerdasan akal
Penyelidikan Prof. Pyotr Anokin, menunjukkan bahawa kecerdasan bergantung kepada kesuburan pertumbuhan ramisaraf dendrit neuron. EXAMO-CKM 500 merupakan baja penyubur.

Memulihkan tenaga mental
Tenaga mental dalam bentuk elektrik. Sumber bekalan elektrik otak daripada kimia. Neurotransmisi melibatkan neurotransmiter yang terdiri daripada ion-ion K, Mg, Na, Ca, CI dan lain-lain.

Membasmi masalah lupa
Lupa terjadi apabila maklumat yang diperlukan pada waktu itu tidak dapat dikeluarkan daripada simpanan. Fenomena kesesakan lalulintas maklumat dalam otak perlu ada laluan maklumat baru dan perbanyakkan sistem ramisaraf dendrit.

Lain-lain kegunaan
Dapat membantu semua masalah yang melibatkan otak dan saraf:
# payah tidur
# Migrain
# Lelah
# Kanak-kanak degil
# Orang pendiam, malu, takut dan pemarah
# Gangguan mimpi ngeri
# Pesakit jiwa atau mental
# Kemungkinan Kesan Ringan (Minor Adverse Reaction):
# Rasa mengantuk
# Akibat pemindahan getaran saraf dari beta ke alfa ke teta ke delta. Getaran rendah bagus untuk ingatan.
# Pening kepala, tekanan darah rendah

Cara Makan:
Dikemam sehingga cair di dalam mulut.
Bayi (kurang 1 tahun) .................................... 1 biji
Kanak-kanak (2-7 tahun) ................................ 2 biji
Kanak-kanak (8-14 tahun) ............................... 3 biji
Dewasa (15 tahun ke atas) ............................. 4 biji

Minggu pertama .......................................... 3 kali sehari
Minggu ke-2 dan ke-3 .................................... 2 kali sehari
Minggu ke-4 dan seterunya ............................. 1 kali sehari


Testimonial di uji pada anak aku
Dia petah bercakap pada usia 11 Bulan
Masa berumur 1 Tahun 6 bulan, dia dah boleh baca A to Z sampai habes mengikut urutan...tak percaya???
 Boleh tgk dlm video yg aku upload dlm fb

Terima kasih sudi baca

Aug 17, 2011

Aug 16, 2011

"Ko takder iPAD ker ? Buta IT betul....."



Sapa yg ader iPad tuh kira dia celik IT kah??? Hehehhehe....
Ini kisah semalam dimana laki aku kene sound ngan salah sorang kerani kerek kat opis dia...
Laki  aku bukanlah kebulur sgt ngan iPad 2 milik kerani tuh, tapi sajerlah nak tgk2 apa yg menarik dgn iPad tuh kan...yelah dah sebab dia tayang2 ibarat suruh org lain menegur akan kebanyakkan duit dia membeli iPad 2 awal dr yg lain2...tak pasal2, boleh dia sound.."Heh, bro ko takder iPad ker?? Buta IT betul ko nih!"...ekeleh......

Terang2 jawatan Laki aku Senior Exec IT, boleh dia kata buta IT???? tak patut..tak patut...
Keje mengadap komputer 8 jam, tambah lagi kene OT 4 jam...masih lagi mengadap komputer sampai power spec mata dah cecah 500 lagi mau sound itu mcm ka????

Bukan laki aku jer angin ngan mamat nih, abis semua staff yg dgr tuh rasa nak sepuk kepala dia ngan iPad 2 dia tuh....ckp suka2 hati...klu dia sama2 dlm bidang IT takper...nih kerani key in data cheque keluar masuk jer...lagi nak kerek2 itu mcm...!

Aku rasa dia nak sound ala2 laki aku jakun  tgk iPad dia tuh..kut2 lah kitaorg nih tak mampu nak beli...heheheh Pegi dahhhhhhhh!!! kerana mulut dia...habes semua org malas nak tegur mamat tuh..amik ko!!!!

Moral of da story, ckp siang pandang2 skit dgn sapa kita ckp!!!! Hahhahahahah.....

Tak pasal2 lepas sahur kitaorg bersembang sampai ke subuh pasal kes nih dan kes aku  smlm...
entry dibawah entry ini!!!

Terima kasih semua sudi baca....




Aug 15, 2011

"Tak Letih ker ko beranak tiap2 tahun"....



Boring duk dlm opis aku pun berlegar2 area lobby cuci mata yg sedia takleh nak bukak nih....tetiba dtg sorang staff nih kat aku  Aku yg sememangnyer aku tak berkenan dgn perangai dia..(ader sedikit sombong2 gitu)...Aku bagi dia nama samaran sebagai ABC ok

ABC : Eh...ko pregnant lagi??? Baper bulan dah nih?
Aku : 6 bulan dah...
ABC : Apsal aku tak perasan pun sebelum nih???

(Apa, aku mengandung pun nak kecoh2 satu bangunan ker??...ckp dlm hati jelah)

Aku : Tak perasanlah sebab aku pakai baju kurung je kan...tak nampak sgt...
ABC : Ko tak letih ker mengandung tiap2 tahun pastu beranak lagi??

(Aku ckp dlm hati  lagi....Aku tak susahkan ko pun kan...duit pampers bukan ko bagi pun)

Aku : Rezeki Allah nak bagi...aku terima jelah...
ABC : Yelah...tapi tak planning ker...jarakkan sikit...cam penat jer aku rasa
Aku : Takpelah, yg penat aku kan..hehehheh.(konon2 nak wat kelakar)
ABC: Ye ker...klu aku tak kuasalah....letih!

Aku : Rezeki masing2...
ABC : Yelah tuh...
Aku : Masuk opis dululah...byk keje

(Aku pun selamba tinggalkan dia sorang2...hajat nak ambik angin dan legakan mata  terbantut!!!!)


Terima kasih sudi baca

Monday Blues....


SUNGGUH tak suka Hari Isnin...serba serbi tak kene, rasa cam tak mandi pagi pun ader...Nak kejut anak2 pun susah jer...mengeliat ke kiri...mengeliat ke kanan...pastu tidur balik...selagi tak nanyi lagu "Bangun Pagi Gosok Gigi.." cnfirm mata dorang mcm di gam2...huhuhu!!! Bukan setakat mata dorang jer...mata bapak dorang pun sama, rasa cam kene tampal ngan gam gajah 4x ganda.


Dah siap mandi pun rasa cam malas nak pakai baju kerja..sonok sgt dah cuti sabtu ahad, isnih jadi cam ular kekenyangan...aduh!!! Buat itu salah, buat ini salah...last2 mood dah ke laut..sarapan pagi anak terabai...sorrylah anak2 ku....


Nasib baik takder beratur pepanjang pepagi cam kat sekolah nanyi lagu Negaraku, Lagu sekolah tunggu ketua pengawas berucap, pastu turn cikgu2 bertugas berucap, pastu cikgu displin, pastu Guru Besar pulak ( brp banyak pastu daaa...) huh!!! Sungguh terkesima bijik mata kan...tahan ngan batang mancis pun cnfirm leh patah.....Aduhai Hari ISNIN

Masuk opis nampak pc rasa cam nampak bantal busuk gambar otomen anak aku, tgk mouse rasa cam nampak kuih donat, nampak pen..alangkah bestnya klu pen tuh dpt bertukar jd choki2..sungguhlah tak best kan hari isnin...klulah aku askar, cnfirm2 kene denda ngan warden sebab lambat buat kawat kaki!!!


Kan best klu dpt Joget Poco2 mcm budak nih pepagi...cnfirm ceria jer hidup setiap org!!!


Eecha berjoget sambil mkn  biskut oreo milk...

Terima kasih baca entry penuh hambar 100% bijik mata.


Aug 12, 2011

Matta Fair kini kembali lagi.....




Bukak2 blog terus terjah new update oleh blogger2 berjaya..tetiba mata tertumpu kat sorang blogger INI
wah....entry dia pasal Matta Fair!!! Camner aku tak tau nih???? Biasa klu bab2 Matta Fair punyer booth cnfirm panas jer cuping telinga aku...mungkin bulan pose menyebabkan mata, telinga sedikit lemah...hehehehhe!!!!

Jom kita serang!!!!!! Aku klu ader Matta Fair cnfirm2 rembat pakej percutian yang giler melambung2 murah!!!! Apa tak ko...klu gi Genting Pakej sekali Hotel 2 hari 1 mlm siap breakfast bagai pastu leh main kat outdoor sampai muntah2 lebam dgn hanya RM90  utk 2 adult and 2 kids sapa tak giler???? cuba ckp mai!!!!

Lagi2...klu dpt pegi mandi manda kat Cherating dgn pakej 3hari 2 mlm siap hotel, bbq bagai, sarapan pagi lagi..dgn hanya RM200 saja..leh bawak pulak anak2...Huh mau korang tak rasa nak terbang tanpa sayap??? Haaaaaa...kan best tuh...sah2 normal price cecah RM400 kan...fikir..cuba fikir...tarak ontong ka itu mcm???

Dah2..tak mau citer banyak, korang gi tau esok..sampai ari ahad jer nih!!! Aku dah kasi promote nih...best...tak rugi..berbaloi2..tak cayer???? Tanya kat aku nih yg dah berjaya merembat bermcm2 pakej dgn harga durian runtuh!!!!

Esok plan2 nak cuba merembat pakej yang ader naik kapal terbang pulaklah....hehehehhe, terasa nak gi  bercuti yg menyeberangi laut china selatan...

Terima kasih sudi baca...



Aug 11, 2011

Zakat Fitrah dah Bayar?????



Anda semua dah bayar zakat Fitrah Tahun ini????

Hehehhehe...dgn bangga dan kereknya (tak baik ader sifat2 ini) en usben aku dah bayar zakat fitrah sejak 3 ramadhan lagi. Kebetulan di bawah block umah aku ada bukak kaunter pungutan zakat, terus dia bayar...senang katanya bayar awal2 tak ramai orang.

Tahun ini, en usben bayar untuk 5 org ahli keluarga kitaorg termasuklah baby dlm perot..ada org kata tak payah, tapi tak salahkan, ia juga satu ibadah. Berkongsi rezeki dgn org kurang kemampuan...

Meh tgk slip Pungutan Zakat Tahun Ini...RM 7 seorang dari Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan




Semoga rezeki yang ada dapat berkongsi kegembiran dgn orang lain...dan semoga kita diredhai oleh Allah S.W.T...Amin


Psst...lagu raya dah banyak kuar radio, rasa cam tak sabar pulak nak raya w/pun tahun nih turn raya kat KL

Terima kasih sudi baca


5 Gambar Bagaimana Batman Pam Tayar Kereta.....


Pasti anda tidak percayakan...cuba tgk gambar kat bawah nih
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v







Hahahhahahahah....anda tertipu!!!! Ini anak aku cuba nak pam tayar kete guna pam basikal..boleh ker?????
Biasalah klu balik kg, mcm2 benda pelik dia nak cuba!!!!

Terima kasih Sudi tgk dan baca


Aug 10, 2011

WORDLESS WEDNESDAY # 6 : Jgn Tiru Aksi bahaya ini



 
Cuba teka di mana lokasi kejadian???

Dah panjang berjela2 2 entry sebelum nie baru nak wordless...lempang kang!!!


Jangan Mudah Tertipu atau Ditipu




 


















Actually banyak lagi gambar...korang nak tau citer selanjutnya bolehlah ke http://mazidulakmal.com

Bulan ramadhan memang bulan utk kita bersedekah, tetapi perlukah kita menyedekahkah rezeki yang kita ada kepada org yg terang2 masih mampu mencari rezeki dgn cara yang lebih mulia????

Terima kasih sudi bace.



Setahun Sekali jer......

Cam biasa tahun2 yang sudah, mesti nak jugak-jugak perot mengada2 nih sekali sekala nak ubah selera berbuka pose kan....setahun sekali jer (kadang2 ader jugak 4-5 kali ikut budget poket rakan serumah..hehehe)

Tahun nih kami memilih berbuka puasa di Hotel Quality, Kat Jalan Raja laut tuh!!! Buffet Ramadhan RM60++ sekepala, tapi kami dpt dgn harga staff RM40+ atas sbb kebaikkan bekas majikan laki aku masa bekerja partime kat sana 10tahun lepas (lama giler bekas  majikan dia bertapa kat situ).

Makanan ala-ala biasa jer, takder sebest Concord Hotel...tapi yang penting kambing golek panas2 memang pembuka selera..yummy!!! dan semestinya rojak buah tersedap seantero (bagi aku ler!)

Pengaca majlis a.k.a penghibur mlm tuh adalah  DEE..happening dan mesra betul dia...semua org dia bertegur dan beramas mesra. Kebetulan pulak mlm kitaorg pergi tuh ada anak Yang dipertua Negeri Sembilan...cantik sungguh dia...sungguh peramah...!!!

Gambar tak dpt nak snap bebanyak akibat kecuaian aku yg meninggalkan kamera diatas meja mkn, so guna kamera hp jelah..itupun kehabisan batery!!! Adussssssss......

So jom layan..........


 Ini Memang tukang sponsor setiap kali perot aku mengada2

 Awat mata aku cenggitu...lapar sgt dah nih

 Tuh dia kambing yang dah siap dipotong...

 Dtg bertiga, tapi mknan cam dtg 10 org..ini baru sikit

 Rojak buah feberet aku...bertambah2 mkn

Dah kenyang kita baliklah..


Terima kasih sudi baca


Aug 9, 2011

Sapa kata kerja PEMANDU LORI takder CLASS????

Sapa kata kerja pemandu lori takder class??? Ini bukan class memasak atau kelas jahit manik ok!!!!Terbeliak bijik mata aku bila tgk slip gaji seorang pemandu lori RM7K+++ sebulan

Nih aku nak citer pasal seorang anak pesakit ditempat aku keje...rekod yang diberikan kebanyakkan anak2 beliau adalah pemandu lori, maka dah jadi lumrah manusia kat muka bumi nih..pebila keje bawak lori jer mesti akan berada di bawah paras kemiskinan....Oh tidakkkk..tidak...

Bila minta bukti dikemukakan, maka terbeliak bijik mata aku sampai rasa nak tercabut, 3 daripada anak beliau bergaji RM5K  ke atas...mak aiiii!!!..bior betul skit....ini betul2 ok...bukan cobaan!!!!

Anak2 beliau bekerja sebagai pemandu lori kontena..alah lori yg banyak tayar tuh...bawak kontena panjang berjela2...klu kat selekoh cnfirm masuk jln sebelah tuh....takkan korang tak tau??? Tak tau jugak.???korang pegi port klang, bersepah2 kat sana, ada org gelar sebagai Lori Kurang ajar...sebab??? KO PIKIR KO BESAR..KO LAH RAJA JALANAN....

Takpe2, aku  kesian kepada org 2 yg tak kenal lori kontena, kat bawah entry nih nnti aku tepek satu ok!!!

Basic gaji pun dah starting RM2K+, tambah elaun semua2 cecah RM7K....kalah gaji pegawai bank yg keje bahagian  hire purchase yang pening2 kepala kira interest korang tahu??? Lagi tinggi dari gaji seorang yang memiliki degree atau master yang bekerja dibawah aircond sesejuk kutub utara tuh???

Tapi aku tak nafikanlah..keje dorang agak mencabar, kekebasan bontot toksah citer...klu lori jln cam siput, makan masa 4-5 hari nak sampai destinasi, mkn minum mandi tak tentu masa...rindu bini anak2 bagai...kene maki ngan pengguna jalan raya lagi...huhuhuhuhuu.!! Kesian2.....

Moral of the story, jgn pandang org yg keje bawak lori nih nih sebelah mata, kecuali memang ada sebelah jer mata...klu awek2 yg nak berkenalan dgn jejaka pemandu lori, tanya dulu bawak lori aper yer???...klu setakat bawak lori ayam rasa gaji biasa2 jelah...hehehehhehe

 (Yang pjg tuh lori kontena, yg kecik sebelah dia tuh kete pak polisi, yg kecik2 kaler merah2 tuh kon ok!!)

Lepas aku dah citer2 nih cnfirn ada yg berhajat nak tukar profession ...fikir dulu masak2 yer!!!

Terima kasih sudi baca.


Aug 5, 2011

APA? Bonus hari raya???? Ader ker???




Fuh...mintak2 lah cuepacs berjaya dlm tuntutan bonus 2 bulan tuk kakitangan kerajaan cam saya yg kerja bagai nak tercabut jari jemari nih siap kene operate lagi...Kalau ader Alhamdulillah, murah rezeki, rezeki anak org kata!!!! Klu takder termenung jelah atas tangga batu...

Last dpt Bonus tahun 2008 tuh pun sebulan jer..pastu tahun2 berikutnya hanyalah insentif jer...w/pun skit tetap masih bersyukur...lepas2 lah jugak minyak kete..susu pampers dan bedak tepek muka!

Bonus kerajaan pun bukanlah cam bonus org2 keje bank.. yang leh dapat 6,7,8  bulan sekali gus...terang2 dorang leh beli kete wira second hand  cash kan...huhuhuhu!!!!

Doa2 lah ada yer...w/pun keje kerajaan org kata terjamin masa depan, laki bini, mak bapak, anak-anak...tapi pemberian BONUS lagilah cerah masa depan sampai nampak dijalan yg gelap..kihkihkihkkih...

Terima kasih sudi baca..




DASYATNYA TEMANKAN LELAKI BERSHOPPING........



Shopping??? klu wanita cnfirm sukakan bab nih...bagi RM3K cnfirm boleh habes takpun bawak balance balik 30sen..hehehhehehe!! Aku klu nak bershopping, aku tak suka pergi  dgn org..kwn ker..parent ker..sibling ker..even ngan laki terchenta sekali pun aku tak berapa nak gemar!!!...aku rasa ianya sungguh leceh..!!!..kang ader jer ayat2 mcm nih kuar ...

"perlu ker nak beli nih?, tak cantiklah..yg nih lagi cantik, mcm tak sesuai jer ngan ko?, lambat lagi ker..dah lapar nih?, alahai..mahal sgt tuh...ckup ker duit?"

 haaaaaaaaa!! kan aku dah kata....tak best...kepala jadi serabut!!!! Kadang2 apa yg kita nak beli terus tak jadi beli hasil dari berjayanya mereka2 itu menghasut!!! hehehhehe.....



Tapi....aku pun tak suka temankan laki aku shopping melainkan klu aku rasa takder menda nak buat!!!! Nak tau pesal.....????

Kalau beli baju
Mestilah nak testkan...klu test sekali dua ok....nih tak, masuk fitting room..posing cam model 5 kali...tunjuk kat aku...ok tak? (biasa aku jwb ok jer)..pastu tukar yg lain...posing lagi...pastu tukar balik baju tadi...tak ker pening kepala aku nih??? Itu tahan lagi...nih siap tgk jahitan, tahan ker tak...jenis jahitan mcm mana....wallawei...sampai subuh blm tentu siap!!!

Kalau beli seluar
Dia akan pastikan seluar tuh kuat...dia try pastu duduk bangun..duduk bangun...dah mcm org kene denda ketuk ketampi...klu bab belek seluar...memang betul2 teliti...sampai 1 jam pun ader...ader jer yg tak kene...!!!

Kalau beli kasut
Setiap inci kasut dia belek, dari jahitan, gam yg digunakan...tahan lasak ker ker...dia pusing2 kasut tuh...angkat pulak lidah kasut tuh...klu bab test toksah ckplah...selagi ketiak aku tak rasa berpeluh tak sah...tapi mulut nak ckp cpt tak sampai hati sbb bukan selalu pun dia bershopping...hehehheheh

Kalau beli perfume
klu boleh semua jenis dia nak cuba...sampai penat salesgirl tuh nak picit2 kasi dia bau...siap tanya mcm 2 kat salesgirl, produk dari mana...tahan berapa lama...adusssssssss!!!..tapi last2 Davidoff pilihan aku jugak dia beli dah bertahun2 pun...

Kalau beli Spentot (seluar dlm)
Yang pun leceh tau....kadang2 naik tension kepala otak aku...taktaulah cam ner nak pilih...rasa cam sama jer..beza saiz jer kut...tapi dia kata tak....ader bermcm2 jenis...tak paham aku...klulah ader yang tester pun aku rasa dah test dah tuh....hahhahahahaha!!!!

Tulah dia...nih blm citer pasal accesory lain lagi..mcm2 hal kan...tapi aku tetap respect sebab semua yg dia beli boleh bertahan lama...memang susah dia nak beli barang baru...selagi boleh pakai dia akan pakai jugak...bukanlah jenis yg suka tukar barang, sampai kadang2 aku tegur tgk dia bosan tgk dia pakai baju yg sama jer....sampaikan aku belikan baju baru tanpa persetujuan dia...tapi dia pakai jugak, sebelum pakai banyaklah songeh dia...huhuhuhuuuhuu!!!

Agak2 laki/bf korang cam nih ker????


Terima kasih sudi baca kasi habes ..jgn julingkan mata anda...


Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

My Beloved Son Danish

Lilypie Fifth Birthday tickers

My Beloved Doter - Danisha

Lilypie Third Birthday tickers

My Beloved Doter Dayana

Lilypie First Birthday tickers