~Oh MY Gucci~

TQVM MYFOLLOWERS...

Apr 16, 2012

Kecik-kecik dah jadi PENDERMA

Alhamdulillah, baru ada kesempatan nak update pasal my little baby yg jadi penderma seawal 20 minit selepas kelahinya tempohari...|...sila baca entry lepas..lepas..lepas...lepas...(punyer lah dah banyak entry,   baru nak citer pasal entry  nih..sila baca kt  SINI

Derma aper yer??? Derma Cord Blood...mungkin ada yg biasa dengar dan mungkin ada yg tak pernah dengar.  CORD BLOOD adalah darah yang tertinggal di dalam uri selepas melahirkan anak. Sewaktu kehamilan darah ini amat penting untuk membekalkan oksigen dan makanan kepada baby kita.

Eeh..ehh..eh...Camner boleh derma pulak?
Menurut doktor yang memeriksa aku masa dlm labour room, dia kata aku tiada sebarang masalah semasa mengandung dan juga history mengandung2 lepas semuanya berada dlm keadaan yg baik. Jadi aku telah dipilih diantara 64org yg ada dlm wad bersalin untuk menderma Cord Blood. "Aku sorang jer yg terpilih masa tuh-sedikit bangga! siyesss....", Keizinan bertulis dari doktor dan persetujuan kita adalah penting untuk menjadi penderma cord blood.

Mengapa Cord Blood berguna?
Cord blood akan dikumpul, dibekukan dan disimpan supaya ia akan selamat digunakan bagi kanak2 yg perlu rawatan pemindahan dgn segera. Ia boleh digunakan sebagai alternatif selain daripada tulang sum-sum untuk pemindahan kepada kanak-kanak yg mengidap penyakit Leukemia, Thalassemia dan Sickle Cell Anaemia.

Sebenarnya aku pun taktau pasal nih, bila dah diterangkan masa dlm labour room tuh yg darah ini amat berguna untuk kanak2 lain teruskan hidup terus aku sign tanpa berfikir panjang (tgh sakit2 pun doktor boleh bagi ceramah...sabau jelah akak)...Alhamdulillah hanya dengan  5ml  yg di ambil boleh menyelamatkan nyawa kanak-kanak yang memerlukan. Kini Cord Blood berada dlm simpanan PUSAT DARAH NEGARA.




Siap ada SIJIL tanda Approval..Bangga mak ko nih nak...hehehehehhe!!!!
Kecik2 dah ada sijil ..Mak ko dulu Sijil pun dapat masa umur 6thn, habis sekolah tadika.


(gambar kurang memuaskan, amik dari dlm folder jer)

Mungkin anda yg sedang mengandung sekarang boleh juga mendermakan cord blood masa melahirkan anak nanti...Bantu membantu amalan mulia. tanyalah doktor anda masa dlm labour room yer...sekadar infomasi untuk kalian.

Terima kasih sudi baca.



6 comments:

Mimy Hamid said...

bangga aku ngan ko tau...aku tau pasal ni masa kelas antenatal..aku mengandung ada kes mmg tak terpilih la...private kena bayo ok...bertuah nana...

Unknown said...

mama sy ckp nnt darah tali pusat tu boleh dijadikan ubat utk baby. betul ke?

Unknown said...

tak tau pulak darah tali pusat ni boleh derma pada stranger..akak ipar saya dulu kerja dgn cryocord.. company yang simpan darah tali pusat..berbayar la.. utk kegunaan family..

kebarangkalian untuk boleh digunakan utk ibu bapa adalah 1/2 kalau tak silap..dan untuk adik beradik 1/4 ke berapa tah..tapi sebenarnya sangat rare boleh guna pada stranger..sbb dari apa yang diterangkan, darah tali pusat ni bukan senang2 boleh guna..

tapi tak tau la..sbb saya pun dengar cerita je..

Sya said...

wah, siap bgi sijil lagi O.O

Mrs. Norrie said...

Rai Ourkizuna : Darah tali pusat nih hanya akan digunakan kepada kanak2 yg betul2 memerlukan dan pihak Hospital/pusat darah akan mendapatkan persetujuan saya secara bertulis dgn kemukakan detail pesakit itu sebelum digunakan.

Lain2 info yg tidak pasti pulak.
dan keluarga saya boleh menggunakan darah tersebut jika masih ada lagi dlm simpanan.

kura said...

woo. cord blood pun boleh derma. sy baru tahu. hehhe

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

My Beloved Son Danish

Lilypie Fifth Birthday tickers

My Beloved Doter - Danisha

Lilypie Third Birthday tickers

My Beloved Doter Dayana

Lilypie First Birthday tickers