~Oh MY Gucci~

TQVM MYFOLLOWERS...

Oct 23, 2012

5 DAYS WARDED- BETUL2 MENGUJI KESABARAN AKU...

Assalamualaikum...warga blogger. Alhamdulillah hari ini baru berkesempatan nak update citer. Banyak yg dah masuk dlm draft, tapi blm nak edit2 lagi....Aku sajikan dulu cerita ini....sebagai panduan kepada ibu2 diluar sana, termasuk peringatan terhadap diri sendiri jugak supaya lebih berhati2 dan memberi lebih perhatian kepada anak-anak.

15hb Okt, jam 7.30ptg, anak kecil aku Nana jatuh dari CPU komputer yang dipanjat dan kepalanya terhantuk ke dinding, nampak sikit jer dan secara logik tak mungkin cedera teruk. After 1 hour dia muntah2 tanpa henti sehinggakan badan dia lemah longlai...dan waktu itu hanya Tuhan yg tahu camner perasaan aku. Rasa nak pitam bila anak sudah seperti nyawa2 ikan...Husben pulak blm balik kerja...even husben bz tahan gaban, aku paksa jugak dia balik memandangkan keadaan anak aku susah nak digambarkan. 

10.30mlm terus admit di Emergancy ward untuk pemerhatian, tapi muntah tak berhenti2, sampaikan baju yg aku pakai memang busuk sebusuknya...aku memag tak pedulik org sekeliling, lantaklah dorang nak tutup hidung pun...anak aku muntah sampai keluar kaler kuning memandangkan tiada lagi isi perut yg tinggal. 

2.00pagi, doktor mengatakan nak buat CT Scan. Aku dah nangis bagai nak giler...risau takut ada apa2 yg tak diingini... Rasa nyawa aku dah separuh hilang. Rasa kaki aku dah tak pijak kat bumi. Tgk keadaan anak aku yang tak bermaya, aku gagahkan jugak untuk turuti apa yg doktor suggestkan. Lebih melemahkan aku, bila husben terpaksa jaga dua org anak aku lagi dan tidak dibenarkan menunggu...Oh Tuhan.....aku tabahkan hati kuatkan semangat dan aku yakin tiada apa2 perkara buruk akan berlaku.

4.00pagi, result CT Scan keluar dan Alhamdulillah semuanya OK, barulah aku rasa kaki aku mula memijak bumi. Anak aku di masukkan kat wad kanak2 KK1 untuk pemerhatian lanjut. Alhamdullilah....tak berhenti aku mengucapkan syukur. 

16hb Okt, selepas semuanya ok, anak aku diserang pulak cirit birit, cirit birit yg tak berhenti. Aku pun pelik, apa sebenarnya yg berlaku nih. Adakah effect dia jatuh ataupun memang dia dlm keracunan makanan??? Bila aku ajukan soklan kepada doktor, doktor pun tidak pasti. Sample darah sehingga 6 kali diambil...abis tangan kaki anak aku berlubang2...kesian sgt.

17hb Okt, Everything ok...ingatkan panas hingga ke ptg (cewahhh) rupanya tak hujan2. Ok doktor kata boleh discaj. Seronok giler....packing2 barang nak keluar. Sementara tunggu husben dtg amik, aku pun lepak2 kat taman bawak di anak gadis....tapi dia merengek jer, cam ada yg tak kena.....itu salah..ini salah....sehinggalah dia muntah tetiba dan mengigil2, muka pucat sampai biru....doktor cek suhu badan dia sudah cecah 40.3c....dia dah kelihatan ckup lemah hingga tak mampu buka mata....lagi sekali aku panik dan tak pasal2 aku menangis sekuat hati, bila aku panggil nama nana dia tak bagi respon....discaj dicancelkan....

18hb Okt hingga 21hb okt, bermulalah episod dia demam tak kebah2....suhu badan tak turun2 dari 38c....hati risau hanya tuhan yg tahu...sepanjang dia diserang muntah2 dan cirit birit dan 3 botol air dimasukkkan, bila dah demam sebotol lagi......Lama2 kelamaan doktor decide nak bagi antiobiotik....Alhamdulillah selepas 12dos antiobik, keadaan kembali normal...Nana kembali ceria....
Sihat sepenuhnya, cuma aku kene bagi perhatian kursus untuk dia..Ada satu lagi ujian darah yg belum diterima, arap2 tiadalah yg merisaukan..

Jam 12.30tghari 21 okt Nana dah boleh discaj.....aku org yg paling gembira..bolehkan aku mandi sepuasnya..bolehlah aku tidur selenanya.....Syukur Ya Allah, kau uji aku sebagai hambamu....Aku redha.

Ibu2 diluar sana, tolonglah berikan lebih perhatian kepada anak2 kita..Merekalah nyawa kita, pengarang jantung . Bila mereka sakit kitalah org yg paling utama susah hati. Sampaikan sanggup mengharapkan sakit itu jadi kepada kita.....

Alhamdulillah...Alhamdulillah syukur ku kepadaMU YA ALLAH



Semasa di Emergancy Wad, lemah longlai

 Tdo sepanjang hari kerana tidak bermaya

 Air dah mula dipasang, sebanyak mana air yg keluar dari badan sebanyak itu juga mereka masukkan

  Mampu untuk menegur nurse2 yg dlm perbincangan

 Kononya senyum sbb dpt discaj

 Tetiba demam mendadak, doktor paksa balut dia sbb dia mengigil2 kesejukkan 

 Botol yang ke 4

  Drip belah kiri....

Drip bertukar belah kanan, sbb air dah takleh masuk ikut kiri, tapi nih saat dah boleh nak balik....dah sihatlah tuh klu dah boleh baca majalah....hehehhehehe

Aku ucapkan jutaan terima kasih kepada semua saudara mara, sahabat handai yang mendoakan kesihatan nana. Syukur2....Syukur....


Terima kasih sudi baca



Oct 11, 2012

MAAFKAN DAKU.....

Assalamualaikum....

Terlebih dahulu saya nak mintak maaf sekiranya tak dpt nak menerjah blog kengkawan dan meninggalkan komen yer sepanjang minggu ini dan minggu hadapan. Niat dihati nak sangat buat demikian tetapi apakan daya saya terpaksa settlekan segala kerja-kerja yg ada.

Almaklumlah saya akan berpindah tempat kerja atas pilihan sendiri...Jika sebelum nih bertugas di Institut Jantung Negara dan bermula 15hb nih saya akan berkhidmat pulak diPusat Darah Negara, walawei....jumpa darahlah pulak lepas nih...pitam..pitam...tapi....sob..sob..sob...sedih nak tinggalkan kwn2....tapi pengalaman baru harus dikejar juga....

Doakan semoga saya diPermudahkan segalanya ditempat baru nanti dan saya akan berjanji akan blogwalking semula ke blog2 rakan yer bila keadaan dan tenang dan kembali seperti biasa. Saya tahu seminggu  awal kemasukkan mcm2 nak kene buat termasuklah isi borang pelekat kereta...Huh!!!! Isi borang pun boleh bikin stress...

Heheheheh...tak sabar pulak nak keje kat tempat baru...mood dah berbelah bagi nih...tapi apa de hal...opis lama opis baru berhadapan jer...hahahhaha!!!! Rindu2 boleh jerit jer.

Terima kasih sudi baca....Maafkan daku....

Oct 8, 2012

MyBlog Masuk TV..OMG..OMG....

Assalamualaikum.....
Salam Isnin yang penuh dgn blues kuning biru hijau....Mata masih mengantuk, fikiran masih pk2 pasal percutian smlm...kan..kan..kan..

Mlm Jumaat lepas, ada krew tv rancangan Apa Kata  Wanita bersama Zamzarina Terbitan Tv 1 call kata my blog terpilih sebagai blog pilihan untuk segmen "blog Pilihan dalam Rancangan Apa Kata Wanita bersama Zamzarina yang akan bersiaran secara langsung  Ahad 7/10/12 Jam 3 ptg"...Kenapa Terpilih? Cam ner boleh Terpilih?

Actually aku adalah followers blog Zamzarina nih, so krew tersebut kata, dia ambil secara rawak daripada followers2 yg ada, OMG blog huduh aku terpilih...segan pulak rasanya. Bukan glamer pun...followers pun tak ramai. Tapi dah dinamakan rezekikan...

Tapi aku takder rezeki pulak nak menonton rancangan tuh sebab aku terlibat dgn kursus kat Janda Baik...Maklumlah bila kursus..no tv tv  dan no hp2...sepanjang kursus...sedih2...sedih....kepada sesapa yg menonton sgt diucapkan jutaan terima kasih.

Oh yea...kepada yg berminat nak jugak blog korang dipaparkan dlm segmen "BLOG PILIHAN" rancangan APA KATA WANITA bersama ZAMZARINA bolehlah jadi followers blog beliau
http://zamzarinazambri.blogspot.com/ dan jgn lupa like panpage FB ApaKataWanitaZamzarina

Banyak yg kita boleh dpt sebenarnya dgn menonton rancangan nih. Klu tak salah aku, aku ada juga menonton 4-5 kali, kebanyyakkan semuanya topik pasal wanita....Ok jgn lupa kwn2 ...tonton Apa Kata Wanita bersama Zamzarina yer setiap hari ahad Tv 1. dan jgn lupa like panpage dan jadi followers blog beliau...

Terima kasih sudi baca.

Oct 5, 2012

Jom Masak Maraconi Cara Org Malas


Assalamulaikum...
Nih citer org malas masak tengahari disebabkan hanya mak pak jer ada kat umah, anak2 semua kene culik oleh datuk dan nenek kedua2 belah pihak...

Senang simple cepat dan sedap...sedap ker??? korang nampak cam sedap tak????

Bahan2
- Macaroni (blh pilih yg berbagai bentuk)
- 2 bijik bawang putih
- 3 sudu cili blend
- 2 sudu tomato puree (nak pakai sos spagetti segera pun sedap)
- Daging atau ayam hancur
- Udang yg comel (lain seafood pun sedap)
- Sedikit sayur jika suka (guna brokoli baru mat salleh)
- sedikit garam/gula dan serbuk basil

Cara-cara
- maraconi direbus sampai lembut
- Tumis bawang putih, cili dan tomato puri sekali gus
- Dah naik bau, masukkan daging/ayam hancur dan udang
-Dah sebati masukkan jer terus macaroni dan sayur
- tambah bahan perasa td gula garam dan serbuk basil
- Gaul rata, rasa2 skit...dah ok angkat dan hidang

simplekan...senangkan...tak buang masa, masa yg ada korang boleh gunakan sepenuhnya untuk picit jerawat...hehehhehehe..

selamat mencuba

Oct 4, 2012

Alahai Dia Demam Pulak.....




Assalamualaikum.
Harinih aku update dua kisah anak aku yg tak sihat...huhuhu. Aku pun tak sihat lagi, dah dekat seminggu batuk selsema bertakhta dia badan aku nih..

Nih pulak Dayana @ Nana yg kene serang demam panas. Ubat semua tak punction kat badan dia, kasi ubat demam tak kebah2 kecuali ubat montot jer baru suhu badan dia turun.  Kepanasan badan dia hampir mencecah 39 darjah. Tuh pasal dia ditogelkan dan pakai sepentot jer sepanjang hari sepanjang mlm. Auwww cekci tak??? klu dah besar..no no no.. cam nih yer!!!!

Alahai anak, esok nak kene tinggal di kursus. 3 hari pulak tuh. Hati berbelah bagi. Kursus nak kene pergi atas tuntutan kerja, tapi anak pulak tak sihat. Takut dia taknak duk ngan nenek dia jer. Kuat meragam tak tentu hala. nih.

Kejap lagi papa ngan mama bawak nana di Hospital yer..kita check dan cari punca apasal nana tak kebah2 demam. Kadang2 takut tonsil bengkak...besar nih klu kita sendiri duk jolok mulut dia mana mau bukak. kemam selagi boleh. Biar doktor yg uruskan..papa boleh temankan, mama tunggu kat luar sbb mama memang tak sanggup tgk doktor jolok2 tekak nih, otomatik air mata berjujuran.....bocor rahsia...siyes, sedih kan bila tgk anak melalak....

Semoga anak bucuk masam mama nih sihatlah hari nih, baru lega mama nak tinggal. kwn2 tlg doakan sekali yer...berat hati aku  sebenarnya nak tinggalkan anak yang tak sihat untuk menjalankan tanggungjawab kerja.

Amin.

Terima kasih sudi baca  :'(




ZON ASTHMA DI HKL


Assalamualaikum...salam sejahtera all readers..

U'oll ingat lagi citer pasal jam 8 pg terjun sungai tuh? ada di entry di bawah-bawah nih...boleh scroll down klu rajin. tak rajin pun kene scroll down jugak....sajer nak bagi korang exercise jari jemari sbb tuh tak buat link terus...

Selang sehari lepas terjun sungai tuh, my dear son Danish kene serang asthma yg boleh dikatakan teruk jugak sampaikan tak boleh bercakap. Ada beberapa kali gi amik gas tapi cam tak berapa nak ok jugak. Atlast aku decide bawak ke HKL. Actually aku tak pernah tahu ada Zon khas untuk pesakit asthma, coz sebelum2 nih memang tunggulah agak lama di emergancy tuh sehingga di access oleh doktor.

Disebabkan keadaan dia agak teruk then terus aku jumpa dikaunter ckp dia asthma, terus petugas kaunter kata pergi terus ker Zon Asthma...Uikkkk ada zon asthma???? betapa ruginya masa yg dulu2 tuh terbuang dek kerana tunggu doktor yg super  lama.

Masuk terus doktor rawat, dan tanya sikit2 pasal history dia..Dia nih memang keluar masuk hospital pun masa kecik. Tapi dah lama dia tak diserang asthma, tup2 umur 4 thn nih kene balik.Neves akak nih...hura hara kejap hidup...hehhehehe

Di Zon Asthma memang pantas. Cpt doktor buat keje...memang thumb up lah services dia. Pelagi dah settle sesi tanya bertanya...haaaa kita kasi gas salbutamol 5mg....opss silap 10mg sebab dia kene dua sesi....satu sesi lung dia tak clear...after 10mg masuk, terus boleh joget gangnam style...terus boleh jerit2...amekkaw!

Memang aku suggest kepada korang2 yg ada anak asthma atau batuk2 kahak terus terutama baby boleh bawak terus ke HKL. Si kecik Aku arituh aku bawak jugak ke sana, disebabkan dia demam dan batuk kahak yg takleh keluar, aku terus ke sana. Ambik gas sepam dua, terus batuk batuk then muntah kat situ jugak. Alhamdulillah sihat.

Actually mana2 klinik hospital pun bagus. Tapi aku klu bab anak memang selalu tuju HKL jer. tak kiralah siang malam pagi ptg. W/pun ada yg kata hospital kerajaan nih hampas, tapi aku memang setia disini....mungkin anak2 aku serasi dgn ubat2 hospital. Sekian....

Terima kasih sudi baca.


Oct 3, 2012

~WW : Ensem ke tuh ?~



Kalau suruh berposing serahlah kat dia even jam kat dinding dah pukul 1pagi
(klu duduk kg gitewlah jadinya)

Oct 2, 2012

Kembali kepada bawal





(sila abaikan jika anda rasa sakit mata tgk muka comel aku nih....gelak guling2)

Setelah hampir 2 tahun melupakan bawal...kini aku kembali menggunakan bawal. Sebelum nih sibuk dgn tudung2 syria shawl, takpun tudung awning tuh..bawal aku simpan masuk stor...bungkus kemas2 masuk kotak then plaster..ala2 nak terbangkan ke obersea.

Bila bawal dah menceriakan kembali persada wanita2 dgn pelbagai warna dan bentuk, aku pun kembali mewarnakan kembali edisi hijab aku...hehehheheh....kini tudung2 instant dan kembali ke tempat bawal. hehehhehehe!!!! (masih pakai cuma jarang--jarang--^ ^ ^ kadang ^ ^ kadang)

Sebenarnya leceh jugak pakai bawal nih, nak kene gosok cantik2 salah gosok abislah...tak terbentuk muka yg comel nih....rasanya penggunaan bawal nih tak mati telan dek zaman.

Terima kasih sudi bawa .


 

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

My Beloved Son Danish

Lilypie Fifth Birthday tickers

My Beloved Doter - Danisha

Lilypie Third Birthday tickers

My Beloved Doter Dayana

Lilypie First Birthday tickers