~Oh MY Gucci~

TQVM MYFOLLOWERS...

Jan 1, 2013

Tahun Baru Azam masih yg lama....

Assalamualaikum...

Teringat zaman kanak2 masih hingusan...time2 esok nak sekolah mulalah kumpul ramai2 bawak pokok jambu cik jah....bukak topik itu ini...termasuklah azam tahun baru...dan paling sadis cita2 juga berubah tiap2 tahun...kejap nak jadi polis..kejap nak jadi askar. ikut cerita dlm tv yang tengah up...

Mona : Apa azam ko tahun dpn?
Esah : Aku nak belajar pandai2 sampai dapat no 1. (tapi setiap tahun tak pernah dapat pun)
 Dolah : Azam aku nak beli basikal....(tapi bapak beli basikal setahun sampai  3 kali ) itu bukan azam..

Actually azam aku tak tercapai tahun 2012...oh..oh...kenapa tak tercapai? sbb aku sentiasa berkejar dgn masa yang aku rasakan tidak cukup 24 jam dalam sehari..bila dah penat jadi malas. Bila dah malas ...apa pun tak jadi.

InsyaAllah aku cuba merealisasikan azam tahun 2012 ke Tahun 2013 ini. Jika tidak tercapai jugak, aku nak tukar azam lain tahun depan. Boleh tak gitu??? Sebenarnya bila difikir2 balik tak perlu ada azam kut...masa sentiasa berputar pantas, kadang2 apa yg terlalu diinginkan tidak tercapai untuk dilakukakan. Displin sekuat mana, jika Allah tidak izinkan...maka ia tidak akan terlaksana...hanya pendapat aku....jgn marah jika ada yg tidak setuju.

Apa azam aku? takpe..takpe...jgn risau...jika berjaya aku akan umumkan penghujung tahun ini..hehehehhehe. 

Ya pasti aku memohon agar Allah sentiasa panjangkan umur aku,  sihatkan badan aku, kuatkan hati aku...kuatkan semangat akudan murahkan rezeki aku untuk terus berada ditahun 2013 dan tahun2 seterusnya....Amin.

Anda bagaimana?

nota mohon maaf : Tak dapat nak blogging dan blogwalking selalu atas tuntutan kerja yang tidak menentu sekarang...jika masa terluang baru sempat nak terjah blog rakan2.


 * gambar riang riang abis kursus...takde kene mengena dgn azam...cuba dipaparkan adalah KEGEMBIRAAN...(kenapa aku boleh angkat handbag sekali??/confius)

terima kasih sudi baca


9 comments:

Ena's Palace said...

Selamat tahun baru....
Ape la azam yg di rahsia kn tu yek...hehehe
Moga azam tersebut tercapai spenuhnya thn ini...insyAllah...

Suraya Baharun said...

selamat tahun baru...:)

Nafira usof said...

selamat tahun baru 2013..:)

Alin Marlini said...

tak de azam sb x menjadi slalu. Cuma buat yg terbaik jek

Cho Zila said...

azam itu kena dengan langkahnyer sekali.. akak azam nak kuruih tapi masalahnyer tambah gemuk...

saifudin abu izzudin said...

nice day :)
hargailah hari kemaren,
mimpikanlah hari esok,
tetapi hiduplah untuk hari ini.
bagi-bagi motivasinya yaah...

Anonymous said...

Si je prends un article entier avec des informations de Wikia, en particulier de script et je le posterai sur mon site, traduisant les infos dans ma langue, est-ce un problème? les scripts de Wikia sont sous copyright ou qch ou il ya une façon, ils pourraient fermer mon site?.

Azera Aziz said...

azam aku nak beranak lagi. hehheheh

Azera Aziz said...

azam aku nak beranak lagi. hehheheh

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

My Beloved Son Danish

Lilypie Fifth Birthday tickers

My Beloved Doter - Danisha

Lilypie Third Birthday tickers

My Beloved Doter Dayana

Lilypie First Birthday tickers