~Oh MY Gucci~

TQVM MYFOLLOWERS...

May 18, 2010

KURSUS BTN 3-7 JUN 2010


BTN (Biro Tata Negara)! Fuyoooooooo...setelah sekian lama menunggu saat nih! INILAH MASANYA!! Hampir 2 tahun barulah berjaya mengikuti kursus ketahanan diri mental dan fizikal...Tapi aku nih tahan ker???? Confius gak nih...dah lama tak berlasak2 lasak...takut tak tahan jer!!!!

Bertempat di UPM Serdang, kursus yg bakal dihadiri mengambil masa 5 hari bermula 3 Jun dan berakhir 7 Jun 2010. Dokek joh, leh suh En. Usben den hantar, tak payah susah2 den nak bawak kete...sebab den takut lepas ke Johor....hehehheheheh!!!!! Tak biasa jln2 area sana..Kira lama gaklah 5 hari tuh kan????...maklumlah nak meninggalkan En. Usben dan anak-anak...cewah!!!!! Dalam bergumbira masih terasa kesedihan...huhuuuuuuuu!!!!!!

Anak-anak aku!!!! Si adik terpaksa dihantar ke Kg aku di Pahang, manakala  si abang tetap bersama nenek dia di KL...Kenapa aku pisahkan mereka?????? Aku takut En. Usben aku tak boleh nak handle 2 org anak aku sebab keduanya masih kecil dan kuat meragam...Tapi aku nak tinggalkan anak aku kat kg pun aku pikir banyak kali, si gadis comel tuh susah skit, pulak2 bab nak tdo...tak kene cara sampai ke pagilah tak tidor...huhuuuuuuuu!!!! Hopelly dgn xperiend mak aku yg ader 6 anak, dia boleh handle si kecik tuh!!!!

Horey2...inilah masanya nak hilangkan stress bekerja dan stress di rumah!!!!!...syok2 tak sabar rasanya nak pegi...nnti klu ader gambar2 menarik aku post kat sini ok!!!!!




May 17, 2010

Anak Gadisku Meningkat Dewasa

Huh, bulan Mei belum masukkan catatan baru...hehehhehehhe!! Topik kali nie tidaklah menarik mana, tapi sajer nak update ckit citer2 peribadi...Pejam celik-pejam celik sekejap jer masa berlalu...Anak gadis ku dah masuk 8 bulan....baru rasanya semalam melahirkannya!!!!

Nur Widdya Danisha sudah pandai bermain-main dgn ahli keluarga ku....mukanya sudah nampak kematangan kerana kebanyakkan yg melihat secara dekat igtkan umurnya dah mencecah satu tahun....hehhehehhe, Matang sebelum usia...

Sekarang dah pandai nak ikut kemana sajer aku pegi, pantang bertudung, dialah dulu2 yg melalak takut ditinggalkan...hehheheh! Bila time cuti sabtu ahand tiba time pukul 5 dia dah tak reti duk diam kat umah...menangis, merengek ajak pergi jalan-jalan...hehheheheh!!!! Bijak-bijak...

Sekarang dah pandai posing depan kamera...tgklah...bila kata senyummmmmmmmmm, dia dulu2 buat muka ...hehehhehe!!!..mcm2 aksi yg menghiburkan..Sayang anak mama


**Eecha di Pizza Hut**
**Bulu mata dah panjang**

**Papa & Mama mkn Pizza, Eecha mkn beg..hehheh**

**Eecha dgn papa**

**Eecha dgn mama**

Aku amat berharap bila dia besar nanti dapat menjadi insan berguna dan berjasa kepada semua org dan menjadi anak yg solehah..Harapan aku tinggi menggunung untuk melihat dia berjaya suatu hari nanti..AMIN!!


Apr 30, 2010

Aku lapar MEATBALL SPAGETTI

Sejak dah kawin nih, lama aku tak masak sendiri spagetti, rindu rasanya nak mkn spagetti masak sendiri, kadang2 beli kat luar rasa tak berapa nak sedap...sedap lagi aku masak....!!! Hahhahahahah...jgn jeles tau ..pernah di Order utk Majlis Bukak Pose..dan ada sorang kwn aku (sekarang dia dah takder, tlh meninggal dunia setahun yg lepas) selalu request spagetti aku klu ader apa-apa majlis...huhuuhuuuuu syahdu rasanya!!! Mungkin sedap agaknya resepi yg aku tibai-tibai jer tuh!!!!


En. Usben aku klu mkn dia tak ckp apa2 pun, sedap dia senyap, tak sedap pun dia senyap!!!! Aku lah kene tanya sama ada ok ker tak???? hahahahhahaha...kadang aku rasa tak sedap, bila tanya dia, dia kata sedap!!! Jaga hati bini lah tuh..hehehheheheh!!!!

Bilalah agaknya nak masak spagetti nih..., masukkan meat ball banyak-banyak...letak cendawan dlm tin sikit, letak daging hancur Ramlee Burger!!!!!huhhhhh kecur air liur aku nih!!!!,


Klu mkn time-time ujan, huh mau 2 pinggan tak ckup nih...adusssssss, bilalah ader masa nak gi sopping barang dapur nie.....!!!!

Apr 28, 2010

RUMAHKU SYURGAKU-PART I

Blok kediaman yg aku tinggal sekarang bakal berubah wajah...dari buruk giler...kepada cantik giler!!!!! Ala-ala Kondominium Mewah 5 Star!!!!Hehehheheh...Rumah aku berada di Tingkat 7 Corner Lot (Fuyooo...klu umah teres nih, confirm leh tanam pokok rambutan)..Walaupun rumah aku kecik bertingkat-tingkat tapi aku tetap bangga kerana berjaya dibeli secara TUNAI dan siap di Renovate mengikut Selera En. Usben aku.....Harga???? biarlah rahsia...!!!

Flat aku nih dlu punyer lah buruk, lift takder...sampah merata-rata...sekarang tidak lagi, lift sudah dibaiki, sampah tiap-tiap hari dikutip oleh DBKL, dan flat dlm proses mengecat!!!! Fuyooooooo tak sia-sialah beli...
Inilah yg termampu buat masa sekarang..esok-esok mana tau rezeki lebih, boleh lah beli rumah yg besar sikit, paling kurang pun Semi D...cita-cita jer nih, tak taulah bile boleh terlaksana. Alhamdulillah, dgn usia perkahwinan hampir 3 tahun kami dah dpt beli rumah sendiri...

Lihatlah sendiri gambar-gambar yg belum berubah wajah nih...next time tgk pulak yg telah berubah wajah dalam Rumahku Syurgaku-Part II...Check it out!!!!!

**Ni blok di mana terletaknya umah aku..Nampak tak Forklift belakang tuh??? kerja-kerja mengecat sedang dijalankan**


**Tgklah kaler flat nih...berlumut-lumut...kaler pun dah pudar**


**Nampak tak sebelah kiri? Sebahagian yang telah siap di cat**


**Keadaan kebersihan yang perlu dibanggakan, tiada lagi sampah sarap bertaburan**




Apr 26, 2010

My New Passport

Hehehehhehe, say thank a lot to my En. Usben kerana merealisasikan keinginan isteri dia nih....hehehheheh!!! My New Passport...Bukan passport nak oversea atau undersea (klu ader best gak nie). Actually my new External Hard Driver...huhhuhhhhh...giler tak happy!!!baru leh simpan 64,000 gambar, 80,0000 mp3...mamposssss sampai tua blm tentu penuh hardisk nih...boleh posing banyak-banyak....!!!!



Aku selalu mengomel2 kat En Usben ngadu Pendrive dan rosak..dah tercabut...dah hancur lebur, dokumen nak guna takleh bukak....so dia sian tgk aku tak tentu arah, dgn tak berapa nak senang hati nak keluarkan duit poket sendiri pergilah dia berjalan sorang diri ( actually aku ader...tapi aku gi tempat lain) ke Imbi Plaza utk membeli permintaan isteri dia nih....



Harga? Tak mahal sgtlah, bolehlah sesuai ngan GB dia 320...Klu tak salah RM299.90...yg best tuh Warranty 3 years...Aku sgt happy-happy dan happy kerana tidak perlu lagi menggunakan pendrive aku yang dah di ikat dgn getah (malu weh nak bawak gi kedai gambar)..

Thank you my dear...u're da best!!!! yahoooooooooo....

Apr 23, 2010

Halwa Tekak Pagi Tadi.....

Perot aku nih lapar ket tak???? Huh....tapi berbunyi2 minta di isi...Terbayang-bayang mee goreng mamak kegemaran aku sejak terbukanya kiosk Andalas Noodles...Memang MARILAH mee goreng mamak dia....

Dengan lenggang lenggok berjalan sambil tegur2 pesakit yg aku kenal yg duk lepak kat kusi empuk...Hhuh, rasa lambat pulak kaki nih sampai cafe....

Sampai-sampai jer.... " Dik kasi Mee Goreng Mamak satu"..."Akak yg goreng-goreng blm prepare lagi lah" Kata adik kuit yg jadi tukang amik order!!! OMG...Terfrust skit...takper-takper....tgh memilih2 apa nak mkn, mulut tersebut MEE KARI satu!!! Actually dlm kepala nak mkn BIHUN SOTO.....bila dah siap cik adik tuh buat aku cam terpingga-pingga...betul ker order MEE KARI???? Malas nak pk aku pun ambil dan bayar....Dalam hati kata...mkn jer lah...Actually mee kari dia nih kurenglah sikit berbanding mee kari mak mentua aku yg memang mantopsssss!!!


** Air Soya yg menjadi kegemaran**

Opsss air...ofcourse air soya yg dibuat sendiri oleh tukang kedai...katanya lah...aku pon tak pasti...air soya dia memang sedap!!!!! Tak ckup satu gelas klu minum....

Di sebabkan hasil daripada MEE KARI yg kureng tuh aku tak berapa nak selera mkn...mkn pon tak habis  ( ye ker????) hehehheheheh...Takper..janji perot dah terisi baru semangat nak wat keje maklumlan todaykan FRIDAY....

**Hasil yg terjadi bila keseleraan tuh kurang**


Apr 22, 2010

10 jenis pekerja yang menjengkelkan ...urghhh!!

Bukak-bukak email terus terbaca pasal artikel nie...hahhahahaha, cam kelakar lah..terus nak post kat sini, tak kiralah...nak share ngan korang semua...hehehehheheh!!!! Baca-baca pastu gelak sendiri ok, jgn ajak org lain sekali!!!!

1. Taichi
Asyik passing kerja kepada orang lain. Konsepnya menepis segala kerja yang datang kepada orang lain. Asal ada unsur-unsur sales, terus forwardkan email ke ketua Sales and Marketing, ada cerita pasal pekerja je… terus passing memo tu kepada HR department…etc.

2. Boxing
Single tasking (ada ke phrase ni?). Mana pernah peninju berlawan pakai kaki, siku, lutut, kepala. Mereka cuma reti genggam tangan dan tumbuk lawan. Pekerja-pekerja sebegini selalunya akan jadi kucing hilang anak bila dapat bebanan kerja lebih sikit. Kalau minta tolong print document sambil jawap telefon pun dia akan melatah.

3. Silat Pulut
Before start any works, dia punya bunga-bunga punyalah lama. Macam-macam gaya, macam-macam persediaan. Nampak cantik tapi buahnya takde. Kalau nak showcase boleh lah.

4. Samurai dan Cowboy
Apa persamaan samurai dan cowboy? Kedua-duanya pandai main senjata… actually both terlalu bergantung kepada senjata. Golongan pekerja sebeginilah yang akan mati kutu kalau equipment rosak atau internet line down. Mereka terlalu mengharapkan machine to do their works.

5. Kungfu Bruce Lee
Hampir sama seperti silat pulut, cuma kalau kita familiar dengan filem-filem Bruce Lee, before and after dia menyerang lawan mulut dia tak reti duduk diam. Wataaa…! Wachaaaa….! Dan macam-macam bunyi lagi. Ramai juga pekerja yang macam ni, sebelum start satu-satu projek dia punya sembang melangit… dah siap project pun dia still let everybody knows dia punya contribution.

6. Ninja
Betul-betul berlawanan dengan Kungfu Bruce Lee, pekerja-pekerja bersifat ninja ni low profile. Kadang-kadang tu terlalu low profile sehingga kita nak cari dia pun susah. 9 pagi still breakfast, datang kejap lepas tu… then …Zasss.. ilang pergi lunch. Datang semula office, pastu dah menyelinap pergi minum petang… arrange meeting kat luar, terus balik rumah. Senang cerita, kaki ngular.

7. Rambo
Berlagak hero. Semua benda dia nak buat. Kononnya dunia ni berputar disekeliling dia sahaja. Kalau berjaya takpe juga, kadang-kadang tu berlagak hero… tapi bila last minutes, kelam kabut minta pertolongan kawan-kawan.

8. Kungfu Jackie Chan
Setiap filem Jackie Chan akan ada satu persamaan. Tak kira macam-mana jalan cerita, di mana kejadian tu, siapa pelakonnya… scene gaduh mesti tak serious. Mesti banyak adegan-adegan lucu yang diselitkan. Ramai juga pekerja yang bersifat sebegini. Kononnya taknak tension, so semua pekerjaan tak ambil serious.

9. Street Fighter
Ini pekerja yang tidak tahu ikut procedure. Maybe kerja akan beres, semua setel, tapi bila suruh prepare handover document contohnya, dia akan pening kepala. Suruh submit borang claim, hantar progress report, follow SOP, ikut method statement…etc, semuanya dia tak suka buat. Dia nak buat kerja mengikut cara dia sahaja.

10. WWE Wrestling
Bukan wrestling yang dipertandingkan di Sukan Olimpik. Aku referring to wrestling yang diletakkan di bawah Entertaiment TV Guide, bukan kategori Sport. Pekerja yang ada sifat WWE Wrestling ni kita tengok mereka memang rajin kerja. Datang awal, balik tengah malam, kerja bertimbun atas meja, nampak macam busy gila. Tapi… as we all know, semuanya lakonan semata-mata.

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

My Beloved Son Danish

Lilypie Fifth Birthday tickers

My Beloved Doter - Danisha

Lilypie Third Birthday tickers

My Beloved Doter Dayana

Lilypie First Birthday tickers