~Oh MY Gucci~

TQVM MYFOLLOWERS...

Oct 23, 2012

5 DAYS WARDED- BETUL2 MENGUJI KESABARAN AKU...

Assalamualaikum...warga blogger. Alhamdulillah hari ini baru berkesempatan nak update citer. Banyak yg dah masuk dlm draft, tapi blm nak edit2 lagi....Aku sajikan dulu cerita ini....sebagai panduan kepada ibu2 diluar sana, termasuk peringatan terhadap diri sendiri jugak supaya lebih berhati2 dan memberi lebih perhatian kepada anak-anak.

15hb Okt, jam 7.30ptg, anak kecil aku Nana jatuh dari CPU komputer yang dipanjat dan kepalanya terhantuk ke dinding, nampak sikit jer dan secara logik tak mungkin cedera teruk. After 1 hour dia muntah2 tanpa henti sehinggakan badan dia lemah longlai...dan waktu itu hanya Tuhan yg tahu camner perasaan aku. Rasa nak pitam bila anak sudah seperti nyawa2 ikan...Husben pulak blm balik kerja...even husben bz tahan gaban, aku paksa jugak dia balik memandangkan keadaan anak aku susah nak digambarkan. 

10.30mlm terus admit di Emergancy ward untuk pemerhatian, tapi muntah tak berhenti2, sampaikan baju yg aku pakai memang busuk sebusuknya...aku memag tak pedulik org sekeliling, lantaklah dorang nak tutup hidung pun...anak aku muntah sampai keluar kaler kuning memandangkan tiada lagi isi perut yg tinggal. 

2.00pagi, doktor mengatakan nak buat CT Scan. Aku dah nangis bagai nak giler...risau takut ada apa2 yg tak diingini... Rasa nyawa aku dah separuh hilang. Rasa kaki aku dah tak pijak kat bumi. Tgk keadaan anak aku yang tak bermaya, aku gagahkan jugak untuk turuti apa yg doktor suggestkan. Lebih melemahkan aku, bila husben terpaksa jaga dua org anak aku lagi dan tidak dibenarkan menunggu...Oh Tuhan.....aku tabahkan hati kuatkan semangat dan aku yakin tiada apa2 perkara buruk akan berlaku.

4.00pagi, result CT Scan keluar dan Alhamdulillah semuanya OK, barulah aku rasa kaki aku mula memijak bumi. Anak aku di masukkan kat wad kanak2 KK1 untuk pemerhatian lanjut. Alhamdullilah....tak berhenti aku mengucapkan syukur. 

16hb Okt, selepas semuanya ok, anak aku diserang pulak cirit birit, cirit birit yg tak berhenti. Aku pun pelik, apa sebenarnya yg berlaku nih. Adakah effect dia jatuh ataupun memang dia dlm keracunan makanan??? Bila aku ajukan soklan kepada doktor, doktor pun tidak pasti. Sample darah sehingga 6 kali diambil...abis tangan kaki anak aku berlubang2...kesian sgt.

17hb Okt, Everything ok...ingatkan panas hingga ke ptg (cewahhh) rupanya tak hujan2. Ok doktor kata boleh discaj. Seronok giler....packing2 barang nak keluar. Sementara tunggu husben dtg amik, aku pun lepak2 kat taman bawak di anak gadis....tapi dia merengek jer, cam ada yg tak kena.....itu salah..ini salah....sehinggalah dia muntah tetiba dan mengigil2, muka pucat sampai biru....doktor cek suhu badan dia sudah cecah 40.3c....dia dah kelihatan ckup lemah hingga tak mampu buka mata....lagi sekali aku panik dan tak pasal2 aku menangis sekuat hati, bila aku panggil nama nana dia tak bagi respon....discaj dicancelkan....

18hb Okt hingga 21hb okt, bermulalah episod dia demam tak kebah2....suhu badan tak turun2 dari 38c....hati risau hanya tuhan yg tahu...sepanjang dia diserang muntah2 dan cirit birit dan 3 botol air dimasukkkan, bila dah demam sebotol lagi......Lama2 kelamaan doktor decide nak bagi antiobiotik....Alhamdulillah selepas 12dos antiobik, keadaan kembali normal...Nana kembali ceria....
Sihat sepenuhnya, cuma aku kene bagi perhatian kursus untuk dia..Ada satu lagi ujian darah yg belum diterima, arap2 tiadalah yg merisaukan..

Jam 12.30tghari 21 okt Nana dah boleh discaj.....aku org yg paling gembira..bolehkan aku mandi sepuasnya..bolehlah aku tidur selenanya.....Syukur Ya Allah, kau uji aku sebagai hambamu....Aku redha.

Ibu2 diluar sana, tolonglah berikan lebih perhatian kepada anak2 kita..Merekalah nyawa kita, pengarang jantung . Bila mereka sakit kitalah org yg paling utama susah hati. Sampaikan sanggup mengharapkan sakit itu jadi kepada kita.....

Alhamdulillah...Alhamdulillah syukur ku kepadaMU YA ALLAH



Semasa di Emergancy Wad, lemah longlai

 Tdo sepanjang hari kerana tidak bermaya

 Air dah mula dipasang, sebanyak mana air yg keluar dari badan sebanyak itu juga mereka masukkan

  Mampu untuk menegur nurse2 yg dlm perbincangan

 Kononya senyum sbb dpt discaj

 Tetiba demam mendadak, doktor paksa balut dia sbb dia mengigil2 kesejukkan 

 Botol yang ke 4

  Drip belah kiri....

Drip bertukar belah kanan, sbb air dah takleh masuk ikut kiri, tapi nih saat dah boleh nak balik....dah sihatlah tuh klu dah boleh baca majalah....hehehhehehe

Aku ucapkan jutaan terima kasih kepada semua saudara mara, sahabat handai yang mendoakan kesihatan nana. Syukur2....Syukur....


Terima kasih sudi baca



11 comments:

Mommy_ima said...

ya Allah..tabahnye mommy ni..sy hanya mmbaca bukan hadapi pun berdebar2..alhamdulillah.. hope semuanya ok lps ni..

Dira ;) said...

Alhamdulillah selamat nana...kenapa aku baca citer ko ni aku nangis huwaaaaaa..aku teringat peristiwa aku dan fayel jatuh tangga...sedih la norrie....menaip nangis aku ni teringat kat nana macam anak aku gak...huwaaa ok la stop...sedih

Anonymous said...

hehhehe..shomell... adik jgn sakit lg tau ! >,<

Suraya Baharun said...

insyaAllah ada hikmah semua yang berlaku..nana anak yang kuat...semoga cepat sembuh ye sayang...

Lynda Che Lah said...

kak Norrie..
hiba dan sedih kan..
semoga kita boleh jadi ibu yang lebih prihatin dan tabah dalam apa jua keadaan
Alhamdulillah..sihat dah kan nana..

ct cheery said...

ya allah, syukur dah ok. dia sakit tu confirm kesan jatuh tu ke kak? cian dia

Unknown said...

Ya Allah.. zura plak yang cuak baca citer nih.. tak tahu lah kalo zura yg hadapi situasi tu.. mau pengsan agaknye..
syukur tengok si kecik dah kembali sihat dan aktif.. :)

Madam iEeDaZ said...

Yela..mmg tak sanggup ank sakit mcm ni..kite plak rase biar sakit tu dtg kat kite...tp mmg tak sangka la sampai mcm tu effect dari jatuh kan..mmg bahaya... moga nana cepat2 sehat dan aktif mcm biasa..

zamzarina said...

Siannya nana...syukurlah..aku bc pun da rasa cemas...

Alin Marlini said...

Kesiannye..tu baru 5 hari, saya ritu sampai 20 hari dan masalah utamanya anak tak mau mak dia teman nak bapak dia jek.

Paling tak sanggup nak hadap anak masa dressing..sebak segala ada...

Smg Nana pulih spt sediakala

MaZnie said...

alahai....sian le si BB tu. apapon Alhamdulillah dh sihat.
Anak aku si Haziq aritu pon demam x kebah2 3 mggu ko. lepas aku bersalin 3 hari...10 hr dok wad. 3 mggu jgk x g sek..smpai badan dia naik bintik2 igtkan campak. tp bukan....amik darah byk kali jugak..ikhtiar jugak sampai minta air penawar kat Darul Syifa la...hilang pantang aku kemana nk nguruskan diri sendiri, BB & anak2..sabo jelah. dugaan betul aku rasa waktu tu...

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

My Beloved Son Danish

Lilypie Fifth Birthday tickers

My Beloved Doter - Danisha

Lilypie Third Birthday tickers

My Beloved Doter Dayana

Lilypie First Birthday tickers