~Oh MY Gucci~

TQVM MYFOLLOWERS...

Aug 10, 2012

SHARING IS CARING : SURAH AL-KAUTHAR

Ayat pendek je tapi teramat besar manfaatnya..rugi kalau tak amalkan..
Sekadar berkongsi……. Surah Al-Kauthar…….




Dengan nama Alah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Sesungguhnya kami memberikan kepadamu nikmat yang banyak.
Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah.
Sesungguhnya orang yang membenci Kami dialah yang terputus. (daripada rahmat Allah)


Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat dan diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata yang indah dan cantik.Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w.kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya AbuTalib.

Fadhilat membaca surah Al-Kauthar

Barangsiapa membaca surah Al-Kauthar 100x saat hujan turun lalu memohon kepada Allah SWT apa yang dihajatkannya dari urusan duniawi dan ukhrawi maka Allah SWT akan mengendahkan permohonannya.

Sesiapa yang membaca 7x setiap hari pada mata air, maka ia akan menjadi besar sumbernya.
Barangsiapa yang membaca surah Al-Kauthar 1000x maka Allah hasilkan apa yang dituntutnya, lebih-lebih dalam mencari rezeki dan pangkat, dan dibukakan berbagai pintu kebaikan.
Barangsiapa yang membaca Al-Kauthar 1000x sesudah sembahyang Isyak sehingga membawa kepada tidurnya, maka insyaallah akan melihat Rasulullah SAW dalam mimpinya.



Kata sebahagian orang yang mengamalkannya:
Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.
Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

Jika dibaca ayat ini sewaktu memasak akan dapat melazatkan makanan

Jika diamalkan selalu surah ini, kita tidak akan menjadi seorang yang materialistik.


InsyaAllah..Terima kasih sudi baca :)


6 comments:

Izwa Kamaruddin said...

nice sharing..

Miss N™ said...

terima kaseh sudi berkongsi.. :)

salam ukhwah.. terima kaseh jenguk teratak nur.. :)

Mimy Hamid said...

ayat yang senang dihafal...baru aku tau...tq beb

Suraya Baharun said...

gud info..insyaAllah cuba amalkan..

AZLA said...

kunjungan perdana salam kenal dan persahabatan
Blog yang sangat bagus, saya suka dan mengikuti 275
senang sekali jika anda juga follow kembali
ditunggu dan terima kasih

Adza Danial Haiqal said...

satu perkongsian yang sangat bagus ;)

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

My Beloved Son Danish

Lilypie Fifth Birthday tickers

My Beloved Doter - Danisha

Lilypie Third Birthday tickers

My Beloved Doter Dayana

Lilypie First Birthday tickers