~Oh MY Gucci~

TQVM MYFOLLOWERS...

May 28, 2012

selera kian berubah......

Since dah menempoh alam 30an nih, selera kian berubah dari hari ke hari....jika dahulu dlm lingkungan awal2 20an pernah aku terasa pelik bila tgk org2 yang berumur mengunyah daun2 mentah dan masa itu akan menganggap ulam ulaman mentah seperti rumput2 dipadang.

Sekarang dan saat ini barulah aku tahu bertapa nikmatnya ulam2 itu semua...selain mengambil supplement tambahan, ulam2 juga adalah salah satu faktor kenapa org2 lama panjang umur dan kulit mereka masih kelihatan segar w/pun sudah berkedut seribu. Yaaa......seperti nenek aku, masih gagah w/pun sudah berusia dlm lingkungan 80tahun. Teringat pulak, klu balik kg, makanan yg terhidang atas meja hanya ikan2 sawah goreng , ulam2 yg aku panggil rumput tuh dan sedikit masakan tambahan untuk cucu2  moden.

Menu harian aku dan suami kini telah berubah w/pun tidak sepenuhnya...setiap hari mkn nasi kitaorg dah addicted kat ulam-ulaman...cukuplah sekadar ikan kembung goreng, ulaman dan sayur2 rebus specially terung dan kacang bendi rebus dan tidak ketinggalan sambal kicap pedas berapi (kitaorg laki bini memang tidak berapa mengemari sambal belacan). Menu2 tambahan hanyalah untuk anak 2 yang kian membesar.

Daun selom nih bertimbun kat umah mak aku kg kg...tak pernah sekali pun aku sentuh apatah lagi nak try mkn, kini dah jadi feberet pulak...sedap rupanya rumput nih yer. cam tak sabar nak balik kg dan angkut banyak2 bawak balik.

Kacang Botol nih aku tak pandang pun dulu2, sampai aku cabut buang sebab menjalar2 kat pintu air umah mak aku...kini, walahhhh seperti anda mengunyah kacang...sedap lah pulak.

Pegaga....cettt, pernah aku complen kat mak aku sbb masak pegaga masak lemak, tapi kini aku susah merinduinya...sedap tau...tak caya cubalah


Ulam Raja, bau dia sungguh menyengat lubang idung..boleh potong selera klu bau...tapi kini...adoiii...saya sgt suka!!! suka sangat....


Patutlah kwn aku (masa aku umur 20an, dia dah 30an) pernah ckp, suatu hari nanti, bila ko dah cecah umur cam aku, ko akan suka ulam2 nih semua...percayalah! aku tak bohong....Ya.. benar kata dia...terima kasih ANNE!

Kini aku tidak sabar pulak nak balik kg dan kutip segala ulam-ulaman yang mak aku tanam keliling rumah yang mana aku tak pandang pun sebelum ini. Hehehhehehehhe....

Tetapi, aku MASIH TAK BOLEH nak makan petai, jering dan seangkatan dengannya. Dah cuba tapi masih tidak berjaya. Mungkin kene tunggu umur 40an pulak kut...Insya Allah

Terima kasih sudi singgah.
(gambar2 yg dipaparkan semuanya pinjam kat pakcik google)


3 comments:

Mimy Hamid said...

nok kita dah 3 eries beb...hihihi sedar diri..makan ulam aje..awet mude kembali yok

Zaidalifah Hussin said...

Bonde suke ulam ulam sedap

Diksu said...

saya suka ulam

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

My Beloved Son Danish

Lilypie Fifth Birthday tickers

My Beloved Doter - Danisha

Lilypie Third Birthday tickers

My Beloved Doter Dayana

Lilypie First Birthday tickers