~Oh MY Gucci~

TQVM MYFOLLOWERS...

Jun 20, 2012

BUKAN SENANG NAK JADI IBUBAPA YG ADIL KEPADA ANAK-ANAK...

Assalamulaikum, salam Rabu
Org lain ber wordless...tapi aku nak berleter untuk diri sendiri dan mungkin untuk org lain juga.... :)
Motip nak menaip entry nih selepas baca entry dari blog kak Cik.

Sebenarnya ianya nampak mudah, tapi tidak semudah yg disangka..
Bagi mak bapak yang mempunyai anak seorang, akan tertumpu saja kepada dia dari segala aspek.
Tapi bagi aku yg anak dlm kategori ramai nih (baru 3 org...hehehhe) terpaksa berlaku adil untuk setiap diantara bagi mengelakkan mereka terasa hati sesama mereka.

Nampak remeh, tapi ianya tidak remeh. Kita sebagai mak bapak kene adil w/pun sesusah mana sekali pun
tapi kadang2 ia berlaku juga diluar kawalan kita. Sebagai contoh yang berlaku baru2 nih, anak kedua aku
terasa hati (cara dialah)...dia tidak memberontak tapi dari segi kata2 dia jelas kelihatan dia seperti berkecil hati dgn tidakkan aku....

Eecha : Danish nak pegi mana?
Danish : Pergi umah nenek
Eecha : Nak ikut..nak ikut...eecha nak pegi rumah nenek jugak (siap dah ambil kasut dan terlompat2)
Aku : Tak payahlah, biar Danish je pegi, nanti eecha nangis nak balik pulak
Eecha : Naper asyik Danish jer boleh pegi? (kasut dah letak balik kat rak)
Danish : Danishkan abang!!!! (Ayat biasa yg dia akan ckp kat adik dia)
Eecha : Takpelah...Danish pegilah, biar Eecha duk umah jer...(muka sedih tapi tak nangis)

Sungguhlah anak gadis aku terasa bila dia seperti nampak aku lebihkan abang dia, padahal aku taknak dia menangis bila dah lama duk umah nenek dia, sbb biasa terjadi mcm tuh...baru 1/2 jam dah nak balik.

Dari segi material, memang aku tak lebihkan anak-anak aku...bila beli apa2 mainan, aku akan beli untuk semua sekali mengikut apa yg mereka nak. klu taknak belikan, jgn beli langsung untuk mereka...biarlah menangis camner pun...itu lebih adilkan? Beli satu berebut dan akan bergaduh, bila dah gaduh mulalah dorang ckp yg mama ngan papa tak sayang diorg....hehehhehe!!! (budak2 sekarang..padahal kecik lagi tuh)

Kalau beli baju tau seluar salah seorang, aku takkan tunjuk pun kat mereka...aku simpan biar lama2 skit dan pakaikan kemudian...biar mereka nampak seperti baju lama...mcm tuh jugak kasut, hari nih belikan kat abang, then simpan dulu...esok lusa belikan kat adik pulak, baru aku akan tunjukkan serentak. Kenapa yerk buat camtuh???? Kadang2 kita tak mampu nak sediakan serentak, keadaan ekonomi bukan sentiasa di atas...kadang2 merundum tetapi keinginan nak membeli untuk anak memuncak tinggi sgt. Dari dorang bertanya kenapa tak belikan untuk dia, baik guna cara mcm nihkan.....lebih adil!

Susah jugak menjadi makbapak nih. Hati dan perasaan anak2 nak kene jaga lebih2 lagi masa dorang kecik nih, jgn sampai bila besar nanti berdendam sesama sendiri...pupuklah kasih sayang yang sama rata dan adil w/pun kita tidak dapat memuaskan hati kita sendiri. Setiap org mungkin ada cara masing2 tapi beginilah cara aku...Tidak susah nak jadi senang dan tidak senang nak jadi susah...tepuk dada tanya iman...

Terima kasih sudi baca nukilan panjang lebar ini...

8 comments:

Unknown said...

biasalah tu kak.. tapi nasib baik mama dgn abah sy takde berat sebelah..hehe

Kakzakie Purvit said...

Bila dah jadi ibu kena pandai adil kerana kalau tak adil juga membawa dosa. Mak-bapak kakak ada 8 anak bayangkan dgn miskin lagi tapi kalau telur dadar tu boleh belah 8 bagi sama rata tak kira besar/kecik. Sedih bila ingat.

Anak sekarang satu beli semua pun nak juga...mujur kita tak susah macam zaman kakak kecik dulu...

Mrs. Norrie said...

faridah : Alhamdulillah
kak zakie : kadang2 kita tidak sedar akan ketidakadilan itukan... bila ada yg dah merajuk, barulah kita sedar...hehehehe

Rosniena said...

kalau beli barang my twins mesti kena beli dua..adil tak?heheh.maknyer gak kopak..:))

Sheila Adziz said...

erm... btl tu... kena sama rata n xde diskriminasi kan...

LYAfrina said...

tp sbg ibubapa..kt mmg akn cba lakukan y tbaik buat anak2 kt.cuma adakalanya..kt x sdr mungkin kt terlebih & tkurang kan

sueshe said...

sy bru anak sorg..mmg tertumpu pd aina je..camne la nntkan klu aina ade adik..mybe same je situasi kite nnt..:)

Mimy Hamid said...

dah jadi mak mak ni baru aku tau segala keperluan anak kena sedia...aku ni baru anak sorang..masuk dua memang sah macam ko la..mana satu nak di dahulukan kot kot rasa terkecik hati...ala macam kita gak kan ngan adik beradik lain..opscos kadang terasa...biasa la tu..kena pandai main peranan..saikologi penting

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

My Beloved Son Danish

Lilypie Fifth Birthday tickers

My Beloved Doter - Danisha

Lilypie Third Birthday tickers

My Beloved Doter Dayana

Lilypie First Birthday tickers