~Oh MY Gucci~

TQVM MYFOLLOWERS...

Mar 21, 2011

Bijik Mata nak terjatuh.....

Bukak2 Murai.com.my dgn harapan nak tgk pasal Mentor sapa yg memang bagi kumpulan B, tetapi mata terbeliak cam nak jatuh ke lantai biler terpandang gambar nih....


Sapa dia nih????? korang baca lah citer yg aku ambik dari murai.com nih yer....aku takmo komen aper...sebab terlalu teruja akan keberanian tak bertempat dia ...


Sebut sahaja namanya pasti ramai yang tidak mengenali siapa pelakon baru ini. Namun, impak kontroversi yang dibawa ketika hadir di Malam Golden Gala Rafflesia Mandalay di Hotel Le Meridien pada Jumaat lalu sudah cukup kuat untuk menaikkan nama Miera Liyana.

Apa tidaknya, gaun berwarna kuning keemasan yang dikenakan pelakon drama Kamelia Katrina pada malam itu telah menampakkan sebahagian daripada sisi buah dadanya itu . Ia bukan saja telah mengejutkan kejutan di kalangan tetamu yang hadir. Bahkan, ada segelintir pihak yang tidak senang melihat penampailannya yang sedaring itu.

Tidak kurang juga yang menganggap pendatang baru ini sengaja mengundang kontroversi serta mencari publisiti murahan supaya dirinya lebih cepat dikenali ramai.

Namun, bila ditanya tentang hal itu, Miera mengakui ianya adalah sesuatu yang tidak disengajakan. Malah, dia memohon maaf kepada semua pihak atas kesilapannya berpakaian yang seksi sebegitu hingga menampakkan sebahagian daripada sisi buah dadanya.

"Terus-terang, saya memang agak tergesa-gesa waktu memilih pakaian rekaan Wan Huzairil tersebut. Say ahanya berkesempatan untuk memilihnya pada pagi Jumaat lalu dam hanya berpeluang mencubanya pada jam 5 petang sebelum bermulanya malam gala itu.

"Itupun saya sempat pin ditengah-tengah baju dengan brooch supaya ia tidak menampakkan lurahnya. Bila saya dah buat macam tu, saya ingat ianya tidak nampak terlalu seksi. Rupanya, tanpa disedari ianya masih lagi terdedah di sisi.

"Apa yang pasti, saya tidak bermaksud untuk mencari pubilisiti murahan kerana saya lebih suka orang kenal saya dengan cara lakonan dan watak yang saya bawakan," jelasnya ketika dihubungi murai.com.my

Bagaimanapun, pelakon filem Apokalips yang bakal muncul di pawagam ini akan berhati-hati memilih pakaian agar tidak berlaku insiden seperti itu lagi.

Miera juga turut mengakui bahawa dia sebenarnya tidak begitu selesa mengenakan pakaian tersebut. Apatah lagi menyedari ramai yang memerhatikannya dengan pandangan yang pelik dan ada juga yang datang kepadanya untuk menegur caranya berpakaian.

"Saya tidak salahkan sesiapa pun termasuk Wan Huzairil sendiri dalam hal ini,. ungkin apa yang terjadi ada hikmah disebaliknya. Saya redha dengan kesilapan yang tidak disengajakan. Saya juga mahu ambil iktibar terhadap apa yang berlaku dan kalau boleh tidak mahu mengenangkannya lagi.

"Apa-apa pun saya bersedia menerima teguran orang ramai dengan hatiyang terbuka dan berjanji tidak akan melakukan kesilapan yang sama," akhirinya yang baru sahaja tamat menjayakan pengambaran filem Jangan Pandang-Pandang arahan Ahmad Idham.

ADAKAH ALASAN YG DIBERIKA MUNASABAH???
bak kata Nabil...LU PIKIR LAH SENDIRI!!!!





1 comment:

Unknown said...

sangat la tidak munasabahnya..kata b*d*h kang marah..

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

My Beloved Son Danish

Lilypie Fifth Birthday tickers

My Beloved Doter - Danisha

Lilypie Third Birthday tickers

My Beloved Doter Dayana

Lilypie First Birthday tickers