ALHAMDULILLAH SYUKUR YA ALLAH KAU MASIH MEMANJANGKAN JODOH KAMI DAN KAMI MEMOHON AGAR KAU LIMPAHKAN SEGALA RAHMAT DAN REZEKIMU KEPADA KAMI DAN ANAK-ANAK KAMI. ERATKAN LAGI PERHUBUNGAN KAMI DAN KUATKANLAH IKATAN KASIH SAYANG DIHATI KAMI, TETAPKANLAH KEIMANAN KAMI KEPADAMU YA ALLAH. JAUHLAH KAMI DAN KELUARGA KAMI DARI ANASIR-ANASIR YANG MEROSAKAN HUBUNGAN YANG KAMI BINA ATAS RASA CINTA DAN KASIH SAYANG INI. AMIN YA RABBAL ALAMIN..
Alhamdulillah sekali lagi, hari ini 1/6/2012 maka genaplah perkahwinan kami yang kelima dan sgt bersyukur telah dikurniakan 3 org anak-anak yang comel bagi menguatkan ikatan perkahwinan yang kami bina atas perasaan cinta antara satu sama lain.
W/pun bermacam2 dugaan yang datang, (gaduh2 tuh biasalah suami isteri kan..kan..kan..) kami tabah hadapinya bersama tak kira susah dan senang dan kami bersyukur rezeki yang Allah berikan tidak pernah terputus. Kami juga bersyukur dikurniakan kesihatan yang baik demi membesarkan anak-anak kami yang kian membesar dan banyak benar keletahnya. Syukur Ya Allah...Terima Kasih Allah
Saat sah bertukar status single kepada isteri org..1/6/2007 @ 3.30ptg Jumaat
Majlis disebelah pihak aku.
Majlis dipihak suami aku.
Terima kasih kepada suamiku yang sgt2 aku sayangi dan cintai kerana telah bawak aku candlelight dinner (takder candle pun, bawah lampu2 samar jer...hehehehheh) sempena menyambut hari ulang tahun perkahwinan kami tanpa nak-anak join sekaki...Dating berdua2an OoOOooooo!!!! Ingat senang ker? time mkn ingat anak, bercerita pun tentang anak....perancangan itu ini demi masa depan tetap terselit anak jugak...hehehehhe!!!! memang tak boleh lari dah bercerita pasal anak!!!!
Ok uOll...doakan kami semoga kekal selamanya dan bahagia sentiasa yer...Doakan kami juga supaya diberikan rezeki yang melimpah-limpah...Amin
Nanti sesenang,, aku update pasal mkn2 candlelight dinnerlah sgt tuh kat sini...tq sudi singgah dan baca entry ini! :)
8 comments:
tahniah...
selamat ulangtahun yg ke-5 buat kamu dan isteri :)
ehh..buat kamu dan suami...aduhaii... :)
amin norrie..selamat berbahagia hingga ke syurga friend...aku rasa macam semalam je tgk ko bersanding kat sentul hihihi
tahniah Norie:-)
tahniah.....selamat pengantin baru..:))
sweet...<3<3<3
sweet...<3<3<3
Tahniah :D Semoga berkekalan hingga pintu Syurga, InsyaAllah (^^,)
Post a Comment