~Oh MY Gucci~

TQVM MYFOLLOWERS...

May 25, 2012

Wanita2 / Ibu2 jgn lupa dgn PAP SMEAR

Wanita-wanita diluar sana? Sudahkah anda membuat ujian Pap Smear?
Wanita2 yang lepas bersalin adalah WAJIB hokeh buat ujian nih, aku tidak terkecuali.....
Esok adalah tarikh appointment aku buat pap smear. Buat kat Klinik Kesihatan Sentul jer....w/pun sebelum2 aku memang skip tuk buat memandangkan pemikiran cetek disampaing malas nak google itu dan ini, maka setiap tarikh appointment aku tidak menunjukkan diri kat klinik even 3-4 kali nurse yang handle dah panas telinga dan lenguh jari mendail nombor tel aku.

Esok no more skip2 atau menghilangkan diri...baru kejap td nurse dah call...hikhikhik...!!!!

Arituh aku tanya KENAPA NAK KENE BUAT PAP SMEAR?
Doktor tuh explain panjang lebar dan banyak menggunakan Bahasa Inggeris (Doktor India), aku tak berapa nak paham sangat sbb banyak guna istilah Saintifik, yg aku faham adalah untuk memastikan keadaan faraj, rahim dan seangkatannya didlm badan kita bebas dari sebarang jangkitan terutamanya cancer....OMG! aku ckup gerun dgr perkataan cancer ko tau....siyes..siyes....that's why besok kene pegi jugak!!!! So dorang akan ambil sedikit sample, dan buat ujian....keputusan akan kita ketahui kemudiannya.

Adalah skit info pasal pap smear yang aku sempat ggogle

Apa itu ujian pap smear?

Ujian yang dilakukan kepada golongan wanita yang sudah melalui hubungan seksual terutamanya bagi mereka yang sudah berkahwin dan pernah melahirkan anak.

Tujuannya?
Untuk mengesan sekiranya terdapat kehadiran kuman/ kulat/ bakteria pada pangkal rahim anda. Sekiranya terdapat kuman, ianya boleh terdedah kepada berlakunya kansel pangkal rahim/ ovarian cancer (pembunuh kedua wanita) jika tidak dirawat. Sekiranya kuman tersebut dapat dikesan pada peringkat awal (melalui ujian pap smear), ini berkemungkinan anda dapat diselamatkan dari kansel pangkal rahim.

Cara rawatan dijalankan?
Dengan memasukkan alat seperti paruh itik (spatula) ke dalam laluan rahim (melalui faraj), tujuannya untuk mendapatkan sedikit tisu pada pangkal rahim bagi menjalankan ujian sekiranya ada terdapat kuman pada rahim anda.

Sakit tak?
Secara jujurnya ujian ini lansung tidak sakit cuma ada sedikit rasa tidak selesa.

Berapa lama untuk setiap ujian?
Kurang dari 2 minit.

Bila masa yang sesuai untuk ujian pap smear?
Untuk wanita yang pernah melahirkan, sebaiknya 3 atau 4 bulan sepelas melahirkan.

Berapa kali dalam setahun?
Hanya 1 kali dalam setahun, selama 3 tahun berturut-turut. Sekiranya tiada jangkitan pada pangkal rahim, anda boleh berehat dari menjalani ujian untuk 2 tahun dan menyambung semula ujian untuk tahun berikutnya. Sekiranya pangkal rahim anda mengandungi kuman, anda perlu repeat semula setiap 6 bulan (ubat dan rawatan akan diberikan).

Tips sebelum menjalani ujian:

1. Elakkan dari hubungan intim dengan suami, 1 atau 2 hari sebelum anda menjalankan ujian.
2. Selepas 10 hari kering haid.
3. Pakai kain/ baju kurung ketika hendak menjalankan ujian (senang untuk diselak... hihi)

Adakah perlu mandi wajib selepas menjalani ujian?
Selepas ujian pap smear wanita akan keluar mani, maka perlu mandi wajib. Sekiranya tidak keluar mani, tak perlu mandi wajib. Bagaimanpun ujian pap smear membatalkan puasa.

Ini adalah cara bagaimana pap smear dilakukan

 ini pulak adalah alat yang akan digunakan untuk ujian pap smear.


Bersama-sama kaum wanita dan ibu2 semua menjalani ujian Pap Smear...Free jer buat kat klinik/Hospital kerajaan. Tanya kepada klinik anda untuk keterangan lanjut...Jagalah kesihatan kita bersama

Terima kasih sudi baca









5 comments:

Mimy Hamid said...

aku hari tu lepas bersalin mmg nk buat pap smear..sekali doc gynae tu kemain beria suh aku buat IUD gak plan kehamilan..huhu terus aku tak dtg appointment hahaha..bulan depan aku ingat nak buat..

mama aleen said...

dah buat :)

Anonymous said...

malunya kena selak

armouris said...

terjumpa info ni, juga pasal pap smear… sharing is caring :) - Ujian Pap Smear Elak Kanser Serviks

Unknown said...

Pernah buat, baik buat pemeriksaan, dalaman kita x tau walau luaran npk cantik, dalaman belum tentu cantik juga. Cegah sebelum melarat.

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

My Beloved Son Danish

Lilypie Fifth Birthday tickers

My Beloved Doter - Danisha

Lilypie Third Birthday tickers

My Beloved Doter Dayana

Lilypie First Birthday tickers