~Oh MY Gucci~

TQVM MYFOLLOWERS...

Feb 14, 2012

PERGI TIDAK KEMBALI LAGI......

Allahyarham Shafaril Ekhmal

Al-Fatihah.. Masih sedih sehingga kini dan masih terbayang2 sikap arwah yang bergitu mencuit perhatian kami semua. Arwah telah kembali ke rahmatullah pada 25/11/2011 di saat aku sedang bergumbira dgn kehadiran anak baru...

Allah amat sayangkan arwah. Begitu cpt cara beliau meninggal aku dan rakan2 opis yg lain...disahkan pengsan dlm tandas kat opis pada 16/11/2011 jam 12thari. 2 jam katanya baru ada org perasaan, itupun aci yg biasa cuci toilet yg jumpa...terus dihantar ke emergancy IJN...separa sedar...kemudian terus IJN transfer ker HKL dan berada di wad neurologi..

dan paling sedih, pada pagi 16/11/2011 tuh juga aku ada menerima pesanan msg bbm dimana arwah ucap gud luck utk melahirkan anak...terharu sungguh!!! Lebih kurang pukul 3, CC opis aku call dgn nada sungguh sedih dan kata arwah pengsan dan kat wad HKL...arwah berada di HKL selama 7hari dan aku langsung tak berkesempatan nak melawat memandangkan keadaan aku waktu tuh memang dah sarat dan tak larat nak berjalan jauh...sedihhhhhhhh!!!

Kemudian HKL transfer semula arwah ke IJN, untuk ujian jantung dan masa tuh keadaan arwah sangat kritikal dan rakan2 suh aku berdoa banyak agar beliau sembuh...Allahuakhbar, menitis air mata aku bila dpt bbm dari hp arwah mengatakan arwah telah kembali ke rahmatullah pada pukul 4pagi hari Jumaat., doktok mengesahkan beliau meninggal akibat stroke, tetapi punca sebenar tiada siapa yg tahu...hanya Allah yg mengetahui...

Sekali lagi air mata aku tak boleh ditahan2 bila aku terlalu sediih sebab masih tiada kesempatan untuk melawat arwah buat kali terakhir...Allah!!! (air mata dah menitis kat keyboard...arap2 takde sapa perasaan)

Mengimbau kenangan bersama arwah...arwah nih seorang yg sangat lemah lembut, sopan santun dan amat pemalu dgn perempuan w/pun muka macho dan berbadan tegap. Anak aku Eca dan anak kwn opis aku Qeisya adalah antara budak2 yg suka dgn arwah..Arwah pandai betul amik hati budak2..caring sgtttt!!!

Sepanjang aku mengandung dulu, arwah yg rajin tolong belikan sarapan pagi dan lunch aku, sebab aku takder selera dgn menu2 kat cafe..sebelum keluar mesti dia akan pm aku tanya nak kirim tak makanan??? bila aku up status nak mkn karipap panas, ptg jer mesti dia dah belikan....sekarang takder lagi....!!!!

Kalau suruh buatkan kerja atau minta tolong tak pernah arwah hampakan, mesti tolong jugak w/pun dgn apa cara....aku sedihhhhhhhhhhhhh!!!!

Tapi sedih lagi tunang arwah dimana sepatutnya arwah melangsungkan perkahwinan bulan satu harituh dan dewan utk perkahwinan pun sudah ditempah, hantaran juga ada yg awrah dah beli..tetapi apakan daya...takdir Allah penentu segalanya...kami semua pasrah.

Dah opis aku nih ada 10 org jer staff sbb kami insan2 terpilih yg bermastautin kat IJN nih, kami dah mcm satu keluarga dan agak rapat antara satu sama lain, itulah kehilangan arwah bergitu terasa dihati kami, dan sehingga hari ini, kami masih mcm tak boleh terima kehilangan arwah. Masih terasa2 arwah berada di sisi kami dan bekerja mcm biasa....

wuaaaaaaaaaaaa.....setiap kali melihat tempat duduk arwah, w/pun sudah dikemas oleh opismate lain..tapi aku masih sedih jugak...terkilan sebab langsung tak berkesempatan nak melihat arwah buat kali terakhir....rindunya rasa...

Semoga arwah ditempatkan dikalangan org yg beriman..AMIN
Al-Fatihah

1 comment:

Izwa Kamaruddin said...

al-fatihah..semoga arwah tenang disisi yang maha esa..

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

My Beloved Son Danish

Lilypie Fifth Birthday tickers

My Beloved Doter - Danisha

Lilypie Third Birthday tickers

My Beloved Doter Dayana

Lilypie First Birthday tickers