~Oh MY Gucci~

TQVM MYFOLLOWERS...

Oct 25, 2010

KESABARAN DIUJI....

Huh....kesabaran aku diuji semalam...dah lah letih mengemas, memasak, mengemop lantai...baru nak rehat, anak teruna aku nak mandi...cam biasa dia akan bukak seluar dan pampers sendiri, dan pampers dia akn buang sendiri ke dlm tong sampah...tetapi semalam entah apa jadi aku pun tak tau....boleh dia bukak pampers dan kencing atas tikar (tikar buluh tuhlah)....Ya Allah, penat belom ilang dah ada tugas lain yg nak kene buat...!!!! pe lagi aku pun terasa kehilangan sabar terus menarik telinga dia!! Jarang dia buat perangai mcm tuh....biasa klu nak kencing dia akan lari pegi bilik air!!!!!! Nak nangis pulak aku tgk dia..bila dia nangis dan kata..."mama marah danish ker?" Huhuuuuuuu....mau tak marah! Biar pun dia masih kecil tapi aku bukan jenis manjakan anak...anak yg salah patut kene hukum! biar dia tau perbuatan yg dia buat salah......Ini cerita sebelah pagi.....

Bila waktu petang lain pulak kisahnya....
Aku balik dari kedai beli telur 10 bijik, konon2nya nak rebus untuk danishlah sebab dia suka makan telur...aku letak telur atas atas kabinet tepi peti ais...dan aku bagi dia makan ais krim dulu...entah mcm mana, boleh pulak dia nampak telur tuh dan ingat dah rebus....huh!!!!! Dia kata nak telur2...dan terus tarik...maka terpecahlah 8 bijik telur dan habis ruang dapur aku bau hanyir telur.....lagi tugas yg perlu diselesaikan...aduhai, apalah nasib aku arinih.....kene uji sajer!!!!Danish menangis kerana takut aku marah...tapi memang aku marah pon...aku tak bagi dia bergerak dari situ dan suh duduk situ sampai aku rasa marah aku dah hilang......menangis2 dia kat tepi telur yg dah pecah barai tuh....!!! lebih kurang dlm 15 minit aku rasa dah sejuk dan aku bangun....kesian pulak dia...tak gerak dari situ!!!!! Aduhai anak mama, apasal lah ko buat perangai arinih.......

Bila waktu malam, selepas danish tidur aku tenung wajah dia dan berkata...dia masih budak, taktau apa yg di fikir dan taktau apa yg dia paham....yg dia tau dia kan buat apa yg dia suka....kadang2 aku menyesal balik dgn apa yg aku buat...tetapi bila tidak diajar dia akan buat benda yg sama secara berulang-ulang...

Patutlah ada pepatah yg mengatakan Pengorbanan IBU tiada TERNILAI....Allahu Akhbar !!

1 comment:

Mimy Hamid said...

tang telur tu..errr aku pernah pecah kan 10 bijik..mak aku hangin angan aku cam ko hangin kat danish..heheeh aku paham perasaan danish time tu..eheh..

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

My Beloved Son Danish

Lilypie Fifth Birthday tickers

My Beloved Doter - Danisha

Lilypie Third Birthday tickers

My Beloved Doter Dayana

Lilypie First Birthday tickers