Happy Fathers Day to All Daddy, Ayah, Papa, Bapa, Abah, Abi, Baba, Bapak, Didi..(ada yg panggilan lain tak???) Tanpa Korang semua maka tiadalah kita di BUMI ALLAH yang indah ini.
Aku w/pun bukan dari golongan yang kaya, hanyalah anak kepada seorang PENEROKA FELDA..namun aku masih mampu tersenyum sehingga hari ini kerana Abah aku berjaya memberi mkn, minum, pakaian, perlindungan dan pelajaran kepada aku...sanggup bekerja keras, pagi bawak lori kelapa sawit, ptg pergi ladang potong kelapa sawit, mlm siap jadi anggota rela dgn hanya elaun RM30/semalam utk memastikan hidup anak2nya terbela...
Teringat MASA AKU KECIK.....
*Bila aku sakit, dia bersusah payah bawak pergi klinik w/pun klinik berpuluh batu jauhnya..
*Bila aku lapar, kadangkala dia sanggup masakkan nasi w/pun hanya berlaukkan telur goreng
*Bila kasut sekolah aku dah koyak, katanya pakailah dulu...hari minggu kita pergi beli
*Bila aku minta duit belanja lebih, dia akan bagi tanpa banyak soalan, sedangkan dlm poket mungkin ada seringgit dua.
Dalam KELEMBUTAN seorang bapa ada tersimpan KEGARANGAN dan aku juga masih teringatt masa aku kecik jugak klu tak salah 9 tahun umur aku masa tuh...pernah batang arial TV (tv dolu2kan pakai arial kat bumbung) menyinggah atas belakang aku gara bergaduh dgn abang aku sedangkan dia baru nak berehat dan melelapkan mata...2 hari aku tak mandi..terasa kepedihannya. Namun itu semua kenangan bagi aku....terima Kasih ABAH utk semuanya...
BASAR BIN BAHARI
Abah aku yang tersayang, sudah pun berumur 52tahun
I LOVE U ABAH
Tidak lupa juga HAPPY FATHERS DAY kepada 2 org INSAN TERSAYANG INI kerana mereka telah menjadi sebahagian dlm hidup Aku
MOHD ASRAN BIN MOHAMED HALIM
PAPA kepada anak-anakku dah pun berusia 30Tahun
I LOVE U PAPA
MOHD @ MOHAMED HALIM BIN MOHAMAD
Bapa mentuaku yang kini berusia 65 tahun
I LOVE U ABAH
Opsss...korang perasan tak semua gambar pakai songkok..hehehehe, sebab ambik dlm satu folder jer...confirm semua gambar ada...hehehehhee
HARGAILAH MEREKA SELAGI MERAKA MASIH ADA, DAN BAHAGIAKANLAH MEREKA SEPERTI MANA MEREKA MEMBAHAGIAKAN KITA
Terima Kasih sudi baca...LOL ^__^
2 comments:
touching jap ratu...
speechless entry terbaek...beb skrang peneroka felda dah kayo skit..rezeki kann
Post a Comment